Sunday, January 30, 2011

~ Nasi Hujan Panas...

Diana @ Melley Mey | 6:29 PM |

Bila kebosanan melanda... memang best tidur kan... Tapiiii.. bagi i best lagi ke dapur masak memasak gitu.. heeeheee :D... Nie ler kerja i.. seperti biasa.. daripada melayan tv ker.. tidur ker.. baik lagi melayan resipi² kan kan... hiihii.. Tengok² ada lagi beras basmati... baik masak Nasi Hujan Panas.. Lagi pun ada air rebusan ayam tu.. Yer ler sayang juga kan nak d buang... baik pakai masak nasi hujan panas... Nie ler resipinya yer... Selamat mencuba... ^_^


Bhn²
6 cawan beras basmati _ d rendam 10 minit dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
2 cawan susu cair
5 ulas bawang merah _ d hiris halus
4 ulas bawang putih _ d hiris halus
2 inci halia _ d hiris halus
4 kuntum bunga pelaga
4 biji bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 tbsp minyak sapi ( nak guna mentega pun boleh yer )
3 tbsp minyak
Sedikit serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau
Gajus goreng
Kismis


** Bagi sukatan cawan.. i guna cawan yang bila d isikan air.. 1 cawan = 175ml macam tu ler yer. 


Cara²
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.. Tumis sehingga terbit aromanya.
  2. Kemudian.. masukkan daun pandan dan biarkan seketika.
  3. Masukkan air rebusan ayam, susu cair, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.. Kacau sebati.
  4. Masukkan pula beras dan kacau rata. Tutup penutup periuk nasi dan biarkan ianya sehingga masak. 
  5. Setelah nasi masak.. cucuk nasi dengan chopstick.. buat beberapa lubang.. titikkan lubang tersebut dengan warna yang berlainan.
  6. Taburkan kismis dan gajus goreng.
  7. Tutup semula penutup periuk nasi.. biar seketika sebelum d gembur²kan.
  8. Hidang.