Saturday, January 29, 2011

~ Puff Sardin...

Diana @ Melley Mey | 12:05 PM | |

Salam sabtu semua... Hari nie macam yang darlings semua dah maklum.. seperti biasa  i memang dah kena bagi cuti memasak oleh hubby kan... ^_^. So.. malam nie tak makan kat rumah.. makan luar jer.. Tapi pagi tadi..i sempat buat Puff Sardin nie.. Nie i nak kongsi resipi Puff Sardin ala² kampung jer gitu... Pagi tadi sempat buat sekilo  Puff Sardin nie.. Jadi resipi kat bawah nie agak banyak juga ler kan.. boleh juga buat setengah adunan yer..



Bhn² A
1 kg tepung gandum
1 biji telur
2 tbsp gula
2 tbsp mentega
2 tsp garam
Air secukupnya
Minyak untuk mgoreng


Bhn² Inti
2 tin besar sardin _ d buang tulangnya dan d lenyek ( i suka guna Ayam Brand ..yg tulisan Mackerel berwarna hitam tu.. Lebih sedap )
2 biji bawang besar _ d potong dadu
6 ulas bawang merah _ d cincang
3 ulas bawang putih _ d cincang 
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit kicap pekat manis
2 biji limau kasturi _ d ambil airnya sahaja
Serbuk cili


Cara²
  1. Untuk intinya ~ Panaskan sedikit minyak.. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan gaul.
  2. Kemudian masukkan sardin dan gaul rata.
  3. Bubuhkan garam, gula, kicap dan air limau kasturi.
  4. Masak seketika.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Sementara itu.. campurkan tepung, gula dan garam sehingga rata.
  7. Masukkan mentega dan ramas lagi sehingga adunan sebati.
  8. Kemudian.. masukkan telur dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat d bulat²kan. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil. 
  9. Taburkan sedikit tepung d atas papan dan ambil 1 bahagian kecil tadi. 
  10. Gelek sehingga ianya nipis dan intikan dengan sardin tadi. Tekan bahagian tepinya dengan garpu.
  11. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  12. Siap... Kalau makan ketika panas memang best! ( bagi i ler ek..:D )
::  Cam nie ler rupa puff sardin kampung tu.. ;)  ::


::  Yang nie daughter yang buat tadi.. dia masak sendiri inti kegemaran dia.. pas tu buat dan goreng sendiri... hiihii  ::
~ Puff Sayur Dan Ayam Versi Er² 


Bhn²
Kobis _ d hiris halus
Lobak _ d cincang halus
Bawang merah _ d cincang halus
Bawang putih _ d cincang halus
Serbuk pati ayam
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Serbuk cili
Minyak untuk menumis
Dada ayam _ d cincang
Gula


Cara²
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan serbuk cili hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan masak seketika
  3. Kemudian masukkan lobak dan kobis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan Serbuk lada putih, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam dan sedikit gula. Gaul sebati.
  5. Angkat dan boleh lah d buat inti puff yer... ^_^

2 comments:

izahdaut said... Reply

oo sikit je mentega ek..ada juga resepi 1 kg tepung sama dengan 250gm mentega..hmmm..mcm2 jugak versi untuk kulit puff ni ye..saya biasa guna kak hana tu 250gm tepung 2 sudu mentega n 2 sudu minyak panas.. boleh gk try resepi diana ni..tapi bnyk tuu..boleh frozen kan kan..

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe... tu ler kan izah.. lain org lain cara membuatnya... nie ala2 nak kurangkan mentega coz menggoreng kan... tapi kalau org suka yang rapuh2 tu mmg kena banyak mentega kan... frozen boleh kot.. diana x perna buat.. :D