Sunday, January 30, 2011

~ Spaghetti Goreng Basah...

Diana @ Melley Mey | 12:34 PM |

Ahad nie cuma I dan anak² jer kat umah.. Hubby pergi kilang.. Giliran hubby jaga kilang minggu nie... Maid pula seperti biasa cuti... Nak makan Spaghetti pagi tadi.. So.. masak sikit jer ler kan.. Mama dan abah pula pergi kenduri kahwin... Kalau tak.. boleh gak pergi ke rumah mama kan... Terasa sedikit bosan ler d hari minggu nie... Lepas masak.. terus tak tau nak buat apa.. Anak² dengan laptop masing².. Si kecik ( Irfan ) pun sibuk dengan PS2 dia... ermmm... Nak buat apa ek?  Hmmm.. layan tv jer ler jwbnya kan... :D




Bhn²
2 ketul peha ayam _ d ambil isinya sahaja dan d potong kecil
8 jejari ketam _ d belah 3
1/2 bungkus spaghetti _ d masak seperti arahan d dalam bungkusan
Segengam udang kering _ d rendam dan d tumbuk halus
20 biji bebola ayam _ boleh beli kat supermarket yer
4 ulas bawang putih _ d cincang
2 ulas bawang merah _ d cincang
1 biji cili merah _ d hiris
4 tbsp cili kisar ( guna yang cili kering lebar tu yer.. tak pedas )
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
Minyak zaitun


Cara²
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah bersama minyak zaitun hingga wangi.
  2. Masukkan udang kering dan cili kisar.. tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan serbuk lada putih... gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan bebola ayam. Masak seketika.
  5. Tambahkan gula, garam dan sedikit air.
  6. Setelah itu masukkan pula jejari ketam dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul.
  8. Bolehlah d hidang.

2 comments:

fara dean said... Reply

wow! nampak sedap!!
boleh try ni!!

Diana @ Melley Mey said... Reply

a'aa bole2.. hehe :)