Friday, January 28, 2011

~ Tang Yuen Glutinous Rice Balls...

Diana @ Melley Mey | 9:51 PM |
::  Tang Yuen yang berinti kacang hitam  ::
Hari nie buat Tang Yuen atas permintaan anak²... Hari tu mereka dah minta tapi belum buat² juga.. Hari nie buat ler kan... :). Tang Yuen nie d buat dari tepung pulut.. boleh d bagi init kacang tanah, kacang hitam atau apa² inti kegemaran masing².. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan cara membuat Onde Onde.. Cuma rasanya amat berbeza tau... ;). Cara menyediakan tang yuen nie berbeza² d setiap orang dan daerah... Yang i tunjuk nie cara kebanyakkan suku kaum Hokkien menyediakan tang yuen kat Labuan...



Bhn² A
Tepung pulut
Air secukupnya
Kacang tanah kisar atau kacang hitam ( boleh intikan dengan inti kegemaran masing² )
Pewarna merah, hijau atau boleh juga pilih warna lain yer

Bhn² B
Halia _ d hiris nipis
Daun pandan _ d siat dan d simpul
Air
Garam

Cara²
  1. Sediakan 2 periuk yang dalam .. Isikan dengan air yang banyak.
  2. Tambahkan halia dan garam ke dalam 1 periuk. Biarkan ianya mendidih.
  3. Periuk yang 1 lagi bubuhkan dengan gula secukup rasa dan daun pandan. Biarkan mendidih. setelah mendidih tutupkan apinya.
  4. Tepung pulut d campurkan dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh d bulat²kan ( seperti membuat onde - onde gitu ). 
  5. Kemudian.. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ( beberapa bahagian pun boleh juga :D )
  6. Warnakan setiap adunan dengan warna yang berlainan.
  7. Ambil sedikit adunan tadi.. intikan dengan inti kegemaran masing².
  8. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air, halia dan garam tadi. Setelah tang yeun itu timbul.. angkat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air, gula dan daun pandan tadi.
  9. Buat sehingga habis. Hidang.
::  Sebelum d masak ( Berinti kacang hitam )  ::

::  Yang nie tiada inti.. saiznya kecil sedikit .. Daughter buat yg tiada inti nie.. macam² saiz yg ada kan.. hehe  ::
::  D masak bersama air halia dan garam  ::
::  D masukkan ke dalam air gula dan daun pandan  ::



6 comments:

nurul fiyda said... Reply

akak, knape kuih nie d masak dalm 2 air erk??

nurul fiyda said... Reply

lagi satu, yang hidang tue, kuah dia yg air gula tu k??

Diana @ Melley Mey said... Reply

baru perasan komen nurul nie... sorry tau.. huhuu

kuih nie d masak dlm air halia terlebih dahulu sbb nak bg dia masak cam buat onde2 gitu... :). Lepas tu baru pindahkan kat air yg dah d campur dgn air gula tu.. yg tu boleh terus d makan dengan air gula tu sekali ler yer... :)

Lynn said... Reply

AsSalam diana. Saya terjumpa blog awak hr ni, terus cuba masak ayam sos plum dan kuih dadar durian. Resepi ayam tu saya suka sangat, sedap. Tq byk2 sbb rajin betul buat blog ni. Saya suka tengok resepi n gambar dlm blog ni, cantik2 gambarnya. Saya suka ayat yg diana tulis, tak terlalu 'pasar' mcm sesetengah blogger.
Terima kasih!

Lynn said... Reply
This comment has been removed by the author.
ibh said... Reply

Asmkm. Teruja tgk manisan ni. Sue copy resepi ya. Thanks kak.