Saturday, February 26, 2011

~ Angel Hair Spaghetti Goreng Sos Manis Perisa Thai...


Salam dan Selamat Pagi semua... Bertemu kita kembali d hari Sabtu nie yer.. Alhamdulillah... Hari nie i nak sajikan resipi Angel Hair Spaghetti Goreng Sos Manis Perisa Thai... Mari tengok bahan²nya... :)




Bhn²
1/2 bungkus ( 250 gm ) Angel Hair Spaghetti _ masak seperti arahan dalam bungkusan. Toskan dan gaul dengan sedikit mentega
::  Gambar i  ::
200 gm sotong _ d bersihkan dan potong bulat
200 gm daging ayam _ d hiris nipis
1 tin kerang panggang REX
1 biji cili merah _ d potong menyerong
2 biji telur
3 ulas bawang merah _ d cincang
4 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji bawang besar _ d hiris nipis
Minyak untuk menumis


Bhn² A
1 tbsp Sos Manis Perisa Thai Loon Kee ( rujuk gambar i )
1 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili maggi
2 tbsp cili boh / cili kering kisar ( guna cili kering lebar yer.. tak pedas )
Sedikit gula jika perlu
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan bawang besar, cili boh dan cili merah. Gaul dan tumis lagi.
  3. Kemudian.. ketepikan sedikit bahan yang d tumis tadi.. Pecahkan sebiji telur dan biarkan ianya 3/4 masak. Angkat telur dan ulang proses ini untuk sebiji telur lagi. Angkat telur dan ketepikan.
  4. Setelah itu.. masukkan ayam dan biarkan ianya empuk.
  5. Masukkan pula kerang dan sotong.. Gaul sebati.
  6. Tambahkan bhn² A dan gaul sebati. 
  7. Akhir sekali bolehlah d masukkan spaghetti dan gaul rata.
  8. Angkat dan hidang.




4 comments:

KenMAHD said... Reply

Hi Diana :)

following ur blog :)

Nanti akan ku cuba ni resipi :)

I'm tweeting it on Twitter @KenMAHD

Cheers,
^_____^

Diana @ Melley Mey said... Reply

hi KenMahd .. Tq n i pun dah follow ur blog.. :)

~Norul Mas Hana ~ said... Reply

Assalamualaikum Diana,
nak kena cari sweet sauce la..hihi..
anyway...salam kenal.. =)

Diana @ Melley Mey said... Reply

Wsalam Norul... Salam kenal gak dr Diana.. Terima kasih sudi singgah sini yer... sweet sauce nie mudah jer d dapati nie.. :)