Monday, February 28, 2011

~ Ayam Dan Sayuran Gulung...

Diana @ Melley Mey | 12:47 PM | | | | | |

Salam dan bertemu kita kembali d minggu yang baru nie.... Ada resipi baru? Ermmmm... Tengah fikir² nie... Hee Hee... Kalau cakap pasal resipi baru nie.. Rasanya tak kan habis ler ek... Ada saja yang nak d olah kat resipi² yang sedia ada tu kan kan kaan... ^_^.. Tapiii kan ianya baik juga kan untuk mempelbagaikan masakan tu... Yang penting dapat d makan... :D. Hari pertama dalam minggu nie.. I nak kongsi resipi Ayam Dan Sayuran Gulung nie... Pasti ada yang dah pernah makan.. Ada juga yang kurang suka dengan adunan tepungnya tu... Jadi.. bolehlah d tukar ke Kulit Popia atau apa² kegemaran masing² yer...






:: Bhn² A ( Resipi asal dari Mrs. Ho ) .. Tapi.. I olah juga.. hehehe
120 gm tepung gandum
120 gm tepung beras
3 biji telur
450 ml air
1 tbsp air rebusan ayam
1 tbsp minyak
Garam secukup rasa


Cara²
  1.  Campurkan kesemua bhn² d atas.. Kemudian panaskan sedikit minyak.
  2. Ambil sesenduk adunan dan dadar nipis.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Buat sehingga adunan habis.
::  Untuk intinya  ::
Bhn² Inti ( yang nie resipi i sendiri yer..bukan dari Mrs. Ho... )
4 keping black fungus _ d rendam dan d hiris halus
1 bungkus kecil tang hoon _ d rendam 
2 biji cili merah _ d hiris halus
75 gm lobak merah yang d hiris
75 gm ubi kentang yang d hiris
250gm daging ayam
1 tbsp Yeos tauchu pedas ( tak suka bubuh tauchu? boleh jer tukar sos tiram yer atau nak bubuh kedua² sekali )
2 tsp perencah pati ayam Tumix
::  Yang nie i guna Kulit Popia.. Buat seperti biasa dan goreng  ::


Bhn² Perap Untuk Ayam 
1/2 tsp serbuk lada putih
1/2 tsp seasoning maggi
1/2 tsp gula
1/2 tsp garam
1 tsp minyak bijan 




Cara²
  1. Perapkan ayam bersama bhn² perap selama 10 minit. rebus sehingga empuk. 
  2. Daging ayam d siat²... Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak... masukkan cili merah, black fungus, lobak merah dan ubi kentang. Masak sekejap.
  4. Kemudian masukkan tauchu / sos tiram dan perencah pati ayam ( kalau suka boleh juga bubuh sedikit minyak bijan.. tapi jangan terlalu banyak yer ). Gaul sebati.
  5. Akhir sekali bolehlah d campurkan tang hoon dan gaul lagi.
  6. Angkat dan ketepikan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum menggulung.
  7. Ambil sekeping adunan tepung dan telur tadi.. Bubuh inti sayuran dan daging ayam d atasnya.
  8. Gulung kemas dan bolehlah d hidang dengan sos.

::  Boleh juga intikan dengan sausage dan telur goreng sos tomato/ sos cili  ::


Bhn² Sos
Sos cili maggi
Sos tomato maggi
Gula
Sedikit air
Sedikit minyak

** Panaskan minyak dan campurkan kesemua bhn² d atas... Setelah mendidih.. angkat dah hidang bersama Ayam dan Sayuran gulung.. Jika suka boleh juga d tabur dengan sedikit biji bijan panggang ketika menghidang.


4 comments:

izahdaut said... Reply

wah..shantek tul gulungan tu...cam popia sayur la kiranya ye?
kreatif dan pandai masak tul la diana ni masak..

Diana @ Melley Mey said... Reply

a'aa cam popia sayur ler gitu...
tak der ler izah.. mana der pandai... resipi campak2 jer diana pakai nie.. mengikut citarasa sendiri gitu... ^_^

MaDiHaA said... Reply

nampak menggiurkan sungguh!
dapat seketul pun dah boleh kenyang nih!

Diana @ Melley Mey said... Reply

betul mengenyangkan... makan 1 pun dah cukup... :)