Wednesday, February 23, 2011

~ Cendawan Dalam Aluminium Foil...



Salam semua... Hari nie i sibuk sikit ler nampaknya.. Nie baru ler dapat menghadap blog nie... Menu malam nie campuran masakan cina dan melayu... Salah satu menu tu nie ler... Cendawan Dalam Aluminium Foil.. Resipi asal dari Leong Hsick Hui juga... Tapi ada ler benda yang i olah juga tu kan.. Heeheee... ;). Cara memasaknya sama seperti  Sambal Ikan Dalam Aluminium Parcel  yer... 


::  Sebelum d masak  ::
Bhn²
400 gm cendawan segar
1 inci halia _ d hiris
1 biji cili merah _ d hiris
1/2 tsp serbuk lada hitam
1 tbsp mentega
1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi _ d potong atasnya


Bhn² A
1 biji limau kasturi
Sekeping aluminium foil
Air secukupnya untuk merebus


Cara²
  1. Campurkan kesemua bahan² kecuali limau kasturi... Letakkan d atas sekeping aluminium foil.
  2. Letakkan limau kasturi d atasnya. Bungkus dengan kemas.
  3. Masukkan ke dalam periuk dan isikan dengan air seperti dalam Gambar A.
  4. Setelah ianya masak.. buka bungkusan aluminium foil tu dan perahkan limau kasturi ( 2 biji ~ 1 dari dalam bungkusan dan 1 lagi dari bhn² A ).
  5. Hidang.
::  Gambar A  ::

2 comments:

izahdaut said... Reply

diana..sangat menarik la resepi ni..
bila letak dlm periuk tu air tak masuk ke dlm foil tu?
ke kena kmas betul2?
menarik la..nak cuba jugak ni..
i dah buat kari kacang ur style..
sedap..ada kelainan..nanti saya buat post

Diana @ Melley Mey said... Reply

kena bungkus dengan kemas tau izah.. kalau takut ianya terbocor ker.. boleh letak 2 lapis aluminium foil..
kacang kacang tu yer.. hehehe.. terima kasih kerana sudi mencuba yer izah :)