Tuesday, February 1, 2011

~ Kek Kukus Cadbury...


Selamat petang cayang semua.... Ermmm.. penatnya.. baru jer tadi kul 4 pm siap kesemua kek²... Alhamdulillah.... Boleh tarik nafas lega.. Tahun nie cuma dapat buat 6 biji kek untuk CNY... Cukup ler tu kan.. ada lagi 35 biji dah beli dari  Siti Payung Kek Lapis Sarawak .. Thanx kat Anizah dan Siti Payung Kek Lapis Sarawak.. :). Harap² cukup ler nanti untuk CNY.. Lagi pun esok i dah nak pergi Kundasang .. so kalau tak cukup... tak boleh ler i nak buat kek lagi kan.. cian plak MIL nanti.. Pasti sibuk d Tahun Baru Cina pertama tanpa kami sekeluarga... setiap tahun memang kami sekeluarga yang akan tolong kat sana melayan tetamu.. tetamu yang hadir memang ramai sebab termasuk pekerja² kilang... Pasti tak menang tangan nanti mereka.. huhuuu


 Sebenarnya dah janji awal ari tu nak bawa anak² bercuti ke Kundasang.. tu yang nak tunaikan janji tu... nak tunggu cuti lain pula nanti memang tak boleh.. Tahun nie memang sibuk sikit dengan sekolah anak²... Ok ler kita tinggalkan cerita CNY dan Kundasang... :D. Sekarang kita tengok pula resipi untuk Kek Kukus Cadbury nie yer... ;)





Bhn²
10 biji telur
200 gm mentega
1 tin kecil ( yang 388g tu yer ) susu krimer manis cap junjung ( susu pekat )
1/2 cawan gula halus
50 gm kelapa parut
200 gm tepung gandum
Coklat Cadbury secukupnya ( perisa mengikut kegemaran masing² yer )
1 tsp esen vanilla
Sedikit pewarna merah


Cara²
  1. Jangan lupa yer.. Seperti biasa .. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek ( tu perkara wajib tu setiap kali nak kukus kek yer ).
  2. Pukul telur dengan gula sehingga sebati dan gebu.. ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan susu krimer manis dan esen vanilla sehingga sebati. 
  4. Setelah itu.. campurkan kedua² adunan dan pukul lagi.
  5. Kemudian.. masukkan pula tepung gandum dan kelapa parut. Pukul sehingga sebati.
  6. Warnakan adunan dengan pewarna merah.
  7. Ambil sedikit adunan kek dan tuangkan ke dalam acuan kek yang telah d lapiskan dengan aluminium foil. Kukus sehingga adunan masak.
  8. Kemudian.. susun coklat cadbury d atasnya.. Tuangkan lagi sedikit adunan kek dan kukus lagi sehingga masak. 
  9. Buat begini sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan sebelum memotong kek.
  11. Boleh d simpan d dalam peti ais untuk jangka masa yang lama yer..


0 comments: