Sunday, February 20, 2011

~ Kek Kukus Lapis Horlicks Versi 1...

Diana @ Melley Mey | 9:32 PM | |

Salam.. Macam mana cuti hujung minggu nie?  Pergi bersiar² bersama keluarga yer... Diana pula kat rumah jer.. pepagi lagi dah buat Kek Kukus Lapis Horlicks nie... Tapi sekarang baru dapat update kat blog... Sebab kena simpan dulu dalam peti ais sebelum d potong... Dah lama dah nak buat nie.. sejak last week lagi.. Tapi tak buat² juga... Baru hari nie dapat buat.. :) 


Dulu kat facebook i ada letak resipi Kek Kukus Lapis Horlicks Versi 2.. Yang Versi 1 nie i tak pernah lagi letak kat facebook tapi dulu kat Lifelogger dalam tahun 2005 ada i letak resipi nie.. Sesiapa yang mengenali babegoh ( i ler tu.. hehehe ) kat Lifelogger tu.. pasti tahu resipi nie kan kan kan... ;) Jom kita tengok resipi versi 1 nie.. Nie kurang manis sikit tau.. Versi 2 tu agak manis sikit.. Insyaallah... Nanti i letak resipinya kat sini yer..  






Bhn²
10 biji telur
8 oz gula halus ( i guna gula pasir jer pun.. :D )
2 cawan tepung gandum
1 tin ( 388 gm ) susu krimer manis Cap Junjung ( susu pekat )
16 oz mentega
1 cawan horlicks
1 botol jam buah²an ( 240 gm )
1 tsp esen vanilla
Pewarna merah dan kuning
Kismis secukup kegunaan


Cara²
  1. Jangan lupa yer.. Seperti biasa .. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek ( tu perkara wajib tu setiap kali nak kukus kek yer ).
  2. Masukkan mentega dan gula.. Putar sehingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga ianya kembang.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. ~1 bahagia _ d campurkan horlicks, susu dan pewarna kuning
  7. ~1 bahagian lagi _ d campurkan jam, esen vanilla dan pewarna merah.
  8. Ambil 2 senduk besar adunan horlicks dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah d lapiskan dengan aluminium foil. Kukus sehingga ianya masak.
  9. Setelah adunan masak.. cucuk kek dengan lici dan kemudian tekan secara lembut dengan sudu plastik. Taburkan sedikit kismis ( i tak bubuh kismis sebab anak² i tak suka kismis.. Tu yang i letak kat atas jer tu.. senang dorang nak bukak.. :D ).
  10. Ambil pula 2 senduk besar adunan jam dan lapiskan d atas adunan horlick tadi. Kukus sehingga masak.
  11. Ulang langkat no 9. sehingga adunan habis.
  12. Sejukkan terlebih dahulu sebelum d simpan d dalam peti ais.



::  Boleh tahan lama sekiranya d simpan d dalam peti sejuk yer  ::

7 comments:

Kak Sam said... Reply

Assalamualaikum..
Waa banyak rajin ini orang. Kita nak melapis2 tu punya le malas. Tapi tak pe nanti mana tahu kalau kerajinan tu datang kita ambik resepi yea. Nampak cam sedap jer.

Diana @ Melley Mey said... Reply

wsalam kak sam..
tak ler rajin sgt kak sam.. kebetulan anak² lama dah nak makan.. so buat ler hari nie.. CNY hari tu tak sempat buat yg nie.. tu yg buat horlicks kek nie.. :) Tak per kak sam.. kalau masa melapis tu senang jer tu.. ia tak sama cam kek lapis asam manis.. tu memang rumit ckit kan nak susun asam nya tu.. ;)

Leya... said... Reply

Berapa lama nak mengukus ni? Duk tengok blog len..ada yang kukus 3-4jam...huhuhuhu

Diana @ Melley Mey said... Reply

lyea ~
a'aa lebih kurg mcm tu gak tu... kalu x nanti semasa memotong kek nie ianya akan lembik .. kalu d kukus kejap jer kita tgk memang dah masak cuma setelah kek dah sejuk sepenuhnya dan d potong baru akan nmpk kek tu x masak ..

Anonymous said... Reply


ambien[url=http://www.noiraqescalation.org]ambien[/url]http://www.noiraqescalation.org
Cialis[url=http://www.cialis.ms]Cialis[/url]http://www.cialis.ms
Viagra Online Without Prescription[url=http://www.viagra-online-without-prescription.org]Viagra Online Without Prescription[/url]http://www.viagra-online-without-prescription.org
Ativan[url=http://www.ativan.name]Ativan[/url]http://www.ativan.name

Anonymous said... Reply


Viagra Alternative[url=http://www.viagraalternative.name] Viagra Alternative[/url]http://www.viagraalternative.name
Xanax Price[url=http://www.xanaxpricer.com]Xanax [/url]http://www.xanaxpricer.com
Ativan Online[url=http://www.ativan.name]Ativan [/url]http://www.ativan.name
Online Valium[url=http://www.valiumonline.biz] Online Valium[/url]http://www.valiumonline.biz

Anonymous said... Reply


Buy Valium Buy Valium Online http://www.valium.name
Adderall Buy Adderallhttp://www.buyadderall.us