KEK KUKUS LAPIS NESCAFE
:: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci
Bahan-bahan
- 10 biji telur
 - 1 1/2 cawan ( 342 gm ) mentega berkualiti tinggi
 - 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
 - 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
 - 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
 - 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
 - 4 tsp nescafe ( diayak )
 - 2 tsp esen vanilla
 - Pewarna kuning
 - Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar
 
Cara-cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek.
 - Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
 - Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
 - Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
 - Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
 - :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
 - :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
 - Ambil sedikit adunan nescafe dan sedikit adunan seri kaya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
 - Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
 - Ulang proses no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
 - Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya.
 - Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).
 



2 comments:
salam ziarah diana..dtg mlm2 nk intai resipi..bolih...
salam kzai... boleh2.. terima kasih sudi jenguk kat blog diana nie yer kzai... :)
Post a Comment