Friday, February 25, 2011

~ Minuman Koktail Buah - Buahan...

Diana @ Melley Mey | 9:16 PM |




Nie... nak cerita sikit pasal Minuman Koktail Buah²an nie... Resipi nie kepunyaan hubby i sendiri.. Biasanya kalau kami buat kenduri ker.. open house hari raya ker.. atau ada tetamu yang datang ke rumah.. mesti hubby buat Minuman Koktail nie... Mana Diana?  Hee Hee... Diana memang tak kan buat minuman nie kalau nak sediakan banyak² nie.. Biar bagi hubby yang buat kan kan... :D. Tapii kalau nak buat untuk keluarga jer.. i akan buat.. Tadi i buat ler sikit.. Teringin nak minum Koktail Buah²an.. Rasanya... cara semua orang menyediakan minuman koktail buah²an nie tak jauh bezanya kan... Mari tengok resipi hubby nie... 






Bhn²
1 tin koktail buah²an ( yang 820 gm ) _ ambil bersama airnya
1 tin nata de coco ( yang 425 gm ) _ ambil airnya juga
1 tin laici ( yang 565 gm ) / longan _ ambil bersama airnya
Air sejuk secukup kegunaan


Bhn² A
1 tin susu cair
3 tbsp tepung kastard
Gula secukup rasa
4 cawan air


** Campurkan kesemua bahan A... Masak d atas api sederhana.. sentiasa menggaul supaya ianya tidak berketul yer. Setelah mendidih.. tutupkan api dan sejukkan.




Cara²
  1. Campurkan kesemua bhn².. Kemudian campurkan bhn² A yang telah d masak dan d sejukkan tadi.
  2. Simpan d dalam peti sejuk dan campurkan ais batu semasa menghidang.








1 comments:

blasahje said... Reply

nak pinjam resepi ni boleh?