Sunday, February 27, 2011

~ Sausage Dan Ayam Gulung Ucapan Moga Berjaya...

Diana @ Melley Mey | 1:06 PM | |

Salam semua...  Maaf lambat pula tayang menu sarapan hari nie yer... Sibuk sikit uruskan persiapan daughter nak pergi Selangor... Menyertai  Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah ( CIP - KPS )  2011 Peringkat Kebangsaan... Sausage Dan Ayam Gulung nie i buat khas untuk memberi semangat gitu  ^_^.. Moga daughter dan rakan² yang lain dapat melaksanakan pembentangan yang baik esok.. Jangan gentar dan yakin pada diri tau.. Kami tau korang boleh buat yang terbaik... Moga Berjaya !!!


Baiklah... mari kita tengok bahan² dan cara membuat Sausage Dan Ayam Gulung nie yer.. Resipi nie semua orang dah tau membuatnya kan.. kat restoran pun kita boleh nikmatinya kan... 





Bhn²
1 bungkus Ayamas Chicken Meatloaf ( 7 keping ) _ d potong 2
7 batang sausage _ d potong 2
14 keping roti gardenia Breakthru _ d potong tepinya
7 keping kulit popia _ d potong 2
Breadcrumbs secukup kegunaan
2 biji telur _ d pukul 
Minyak untuk mengoreng


Cara²
  1. Ambil sekeping roti... Gelek roti dengan kayu pengelek hingga nipis.
  2. Lapiskan dengan chicken meatloaf.
  3. Kemudian lapis lagi d atasnya dengan kulit popia dan seterusnya sausage.
  4. Gulung dengan kemas.
  5. Celup d dalam telur dan salut dengan breadcrumbs.
  6. Goreng d dalam minyak banyak.
  7. Hidang dengan sos cili atau sos tomato.






2 comments:

Chik Mimi said... Reply

Assalam Diana,nampak sedap sosej & ayam gulung tu,selalunya guna roti je ni ade mcm 2 sure double kenyang tu

Diana @ Melley Mey said... Reply

Wsalam Chik Mimi... heehee... memang double kenyang d buat nyer nie... ^_^. Saja buat khas tuk daughter pagi tadi b4 dia berlepas ke selangor. :)