Friday, February 11, 2011

~ Sup Jagung...

Diana @ Melley Mey | 9:47 PM | | | | |


::  Resipi kat bawah nie agak banyak yer... Kalau keluarga kecil tu boleh ler masak separuh dari resipi nie yer.. :)

Bhn²
1 tin Ayam Brand jagung manis ala krim
1 bungkus Maggi sup ketam & su'un
2 bungkus Maggi sup ayam & kincam
16 batang jejari ketam bersaiz kecil ( nak bubuh sikit pun boleh ) _ d potong kecil
2 biji telur _ d pukul sedikit
4 ulas bawang putih _ d cincang
2 ulas bawang merah _ d cincang
2 tsp Maggi seasoning
50 gm isi ayam _ d rebus dan  d siat halus
6 cawan air
Garam secukup rasa 
**update ~ Sedikit perencah pati ayam Tumix


Cara²

  1. Campurkan jagung manis ala krim, maggi sup ketam & su'un dan maggi sup ayam & kincam bersama sedikit air. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak.. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan campuran jagung dan perencah sup maggi tadi. Gaul dan tambahkan air.
  4. Sentiasa mengacau supaya ianya tidak berketul². Masukkan garam, perencah pati ayam tumix dan maggi seasoning. Sesuaikan rasa.
  5. Setelah ianya mendidih masukkan jejari ketam dan isi ayam yang d siat halus.. masak seketika.
  6. Tutupkan api dan masukkan telur. Gaul rata.
  7. Hidang.


::  Boleh juga d campur dengan tofu, tauhu atau isi ketam  ::

5 comments:

BUJANG SUSAH said... Reply

perghhhhhh... meleleh air liur nih kak..

Diana @ Melley Mey said... Reply

heeheee ^_^

suFiah Y said... Reply

Salam akak.
saya dah try resepi ni semalam...heee.
saya mkn ngn mee telur.
de lebih..saya bwk bekal g tmpat kerja.
thhnz yaw!

bru nk jdi follower ke 60..terbabas ke 62 *wink

Diana @ Melley Mey said... Reply

wsalam sufiah...
oo yer ker? terima kasih sudi cuba resipi akak yer... ^_^

Diana @ Melley Mey said... Reply

opsss! akak pun terlepas pandang komen kat bawah tu.. x per 62 pun ok tu .. hehehe.. terima kasih sekali lagi sudi follow blog akak.. ;)