Tuesday, February 22, 2011

~ Sup Wantan Dan Bebola Ketam...

Diana @ Melley Mey | 10:03 PM | | |

Salam sayang semua... ok hari nie i masak Sup Wantan Dan Bebola Ketam.. Bebola ketam tu i guna yang ready made gitu jer.. Heehee ^_^. Wantan jer i buat sendiri... Dulu dalam entri yang lepas i dah bagi resipinya kan.. kat  sini .. Satu lagi resipi intinya ada kat  Ayam Parcels Goreng  ... Sebenarnya kalau dah tau cara dan bahan asas untuk membuat inti wantan nie.. Memang kita boleh olah sendiri mengikut citarasa masing².. Senang kan.. 


Buat ler apa saja menggunakan bahan utamanya tu.. pasti akan jadi.. :). Tak perlu risau ianya tak jadi sebab i dah selalu buat nie sejak 15 tahun lepas.. mesti jadi punya walaupun d olah sedikit.. Erm.. d olah banyak pun tak mengapa.. 




Bhn²
Kulit wantan
Bebola ketam ( ready made punya.. :D )
1 tangkai daun sup _ d cincang 
2 inci halia _ d hiris halus
1 biji lobak merah _ d potong bulat atau potong mengikut citarasa masing²
3 ulas bawang merah _ d cincang
5 ulas bawang putih _ d cincang
Garam
Perencah pati ayam Tumix
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Serbuk lada putih


Bhn² Untuk Inti Wantan
100 gm daging ayam cincang
1/2 tbsp lobak merah cincang ( nak letak lebih pun boleh juga yer )
1/2 tsp daun sup cincang ( jangan letak banyak sangat tau.. nanti pahit )
1 ulas bawang putih _ d cincang
Serbuk lada putih
1/3 tsp perencah pati ayam Tumix
1/3 tsp minyak bijan
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Satukan kesemua bhn² inti.. Gaul sebati. Perap selama 30 minit.
  2. Kemudian.. ambil sekeping kulit wantan.. Bubuh intinya dan lipatkan dengan kemas. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik baunya dan sedikit garing. Ambil separuh daripadanya dan ketepikan.
  4. Masukkan lobak merah dan tumis sekejap bersama separuh lagi bawang merah, bawang putih dan halia yang d tumis tadi. 
  5. Setelah itu.. bolehlah d masukkan air secukupnya, perencah pati ayam, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  6. Setelah mendidih.. masukkan bebola ketam dan wantan. Masak sekejap sehingga wantan masak.
  7. Akhir sekali taburkan daun sup cincang dan separuh lagi bawang merah, bawang putih dan halia yang d tumis tadi.
  8. Angkat dan hidang.





0 comments: