Thursday, March 31, 2011

~ Ikan Masak Lemon...


Assalamualaikum... Selamat malam semua... Malam nie cuma 1 jer resipi yang i nak kongsikan bersama... Ikan Masak Lemon.. Sebab lauk yang lain semua dah ada kat blog nie.. ^_^.. Tadi masak 6 ekor ikan.. Banyak? Hehehee... Ikan kecil jer pun.. 400 gm seekor gitu jer... Jadi masak ler 6 ekor tadi... Resipi kat bawah nie i bagi untuk seekor ikan yer.. Jom terus tengok resipinya... 


Bhn²
400 gm ikan _ d bersihkan dan d potong seperti gambar d atas
1 biji cili merah _ d cincang kasar
8 biji tomato cherry
150 gm nenas yang telah d buangkan kulitnya dan d potong dadu
3 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji bawang besar _ d hiris kasar
::   Sos Lemon  ::
2 batang serai _ d hiris kasar
Minyak untuk menggoreng
Tepung jagung secukupnya


Bhn² Perap
1 tsp garam
2 biji kuning telur 
1 tbsp tepung jagung


Bhn² A
3 tbsp Sos Lemon ( i guna Woh Hup brand )
3 tbsp sos cili maggi
2 tbsp jus lemon
7 tbsp air
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Gaulkan ikan bersama bhn² perap selama 15 minit. 
  2. Salut ikan dengan tepung jagung.. Goreng d dalam minyak yang dalam sehingga masak kekuningan.. Angkat dan toskan...  Susun d atas piring dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak .. tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan cili merah dan serai. Tumis sehingga naik baunya.
  5. Masukkan nenas, bawang besar dan tomato.. Gaul.
  6. Akhir sekali masukkan bhn² A dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan tuangkan d atas ikan goreng tadi.


7 comments:

~S.H.A.I~ said... Reply

hari 2 penah mkn ayam masak lemon..ni ikan masak lemon pulak..sedapnya..memang kena dgn tekak rasa masam2...manis2..n pedas gitu..btuahnya irfan dpt mama suka masak sedap2!~=)

Diana @ Melley Mey said... Reply

akak pun suka makan yg rasa mcm tu.. sedap jer rasa kan...
akak masak pun main campak2 gitu jer... ikut citarasa tekak nie... :)

HomeKreation said... Reply

Salam singgah. Wah, best nya nampak lauk ni. Mesti sedap letak lemon. Ikan tu pun cam dah menyerah diri tunggu kena ngap...hehe.

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe... tu ler kan.. sampai licin dah pun kena ngap.. hiihiii..

Citarasa Rinduan said... Reply

salam ziarah...
wah!!! bestnya dapat kenal blogger masakan..

ayu monta izin boh blog diana dalam blogslist ayu yer....

ain (sweet thots) said... Reply

mesti sedapkan buh lemon ... tapi nampak gigi ikan tu, takut ler pulak ... lariiiiii ;P

Diana @ Melley Mey said... Reply

citarasa rinduan ~
salam perkenalan ayu... boleh jer.. terima kasih kerana sudi jenguk blog diana.. :)

ain ~
hahaaa... jom lari sama2.. ekekekeke... tu kerja maid ler tu.. kekadang dia buang.. kekadang tak buang gigi ikan tu... tapi tak per.. jangan takut.. ikan tu dah mati.. x gigit punya.. heehehee ^_^