Wednesday, March 30, 2011

~ Daging Kurma Berlobak Merah...


Petang tadi... Lepas buat Kuih Lobak Putih.. i terus ler masak untuk makan malam kami.. Hubby nak makan Daging Kurma .. Walaupun penat.. demi memenuhi permintaan hubby.. i pun masak ler juga.. Kasihan nanti hubby kan.. macam kita juga.. kalau mengidam sesangat nak makan sesuatu tu.. tapi tak dapat.. mesti tak best kan kan.. Hii hiii.. Hubby kata tak payah ler nak masak daging kurma nie dulu.. tunggu masa tak sibuk gitu baru ler masak.. Tak per.. i boleh jer.. ;)




Bhn²
1.8 kg daging _ d potong nipis
1 biji lobak merah _ d potong menyerong
2 biji bawang besar _ d potong 4 atau 6 ( mengikut besar bawang tu juga yer )
4 biji cili merah _ d belah dan d buang bijinya
4 biji cili hijau _ d belah dan d buang bijinya
4 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Sebungkus ( 250 gm ) rempah kurma ayam dan daging Adabi + sedikit air panas 
500 ml santan
75 gm kerisik
Air secukup kegunaan
Minyak untuk menumis


Bhn² D Kisar Halus
30 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 inci halia
4 batang serai


Bhn² A
3 tbsp susu pekat
25 gm asam jawa + dengan sedikit air ( ambil pesnya sahaja )
1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
1 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
Garam secukup rasa
Sedikit gula


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak.. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi.
  2. Masukkan bhn² kisar dan tumis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan rempah kurma dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Setelah itu masukkan air melebihi paras daging dan biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa mengaul sentiasa yer.
  5. Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga ianya lembut.
  6. Bubuh bhn² A dan santan.. Setelah mendidih bolehlah d masukkan kerisik.. Sesuaikan rasa.
  7. Masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah.
  8. Setelah ianya layu bolehlah d tutupkan api.
  9. Sedia untuk d hidang.

2 comments:

Cendana Kasih said... Reply

Lama jugak tak masak kurma ni..amboi..cantik masakan tu possing dalam kelopak jantung pisang.. kreatif !!!

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe.. possing dlm jantung pisang plak dia kan akak... hehehehe... ^_^
a'aa akak.. diana pun dah lama x masak daging kurma nie... tu yg hubby teringin nak makan tu...