Salam semua.... Pagi nie i masak Mee Udang Goreng Versi 2.. Versi 1 klik kat SINI yer.. Kali nie i guna mee udang bersaiz besar.. sama jenis dengan mee udang yang i guna masak Mee Udang Goreng Taucu.. Mari kita terus tengok apa bahan²nya dan cara menyediakan Mee Udang Versi 2 nie.. ^_^
Bhn²
2 bungkus mee udang ( i guna mee bersaiz besar ) _ d rendam dan toskan
1 tin kerang panggang REX
50 gm udang kering _ d rendam dan d tumbuk kasar
3 lembar kobis bulat _ d potong kasar
1/2 batang lobak _ d hiris kasar
13 biji Fusipim bebola ayam ( guna brand lain pun boleh ) _ d potong bulat nipis
1 biji cili merah _ d buang bijinya dan d hiris kasar
3 ulas bawang merah _ d cincang
6 ulas bawang putih _ d cincang
2 tbsp kicap pekat manis Cap Ayam
Minyak untuk menumis
Bhn² A
1 tsp serbuk cili ( sekiranya tak nak pedas.. bubuh sikit jer yer.. kurangkan sukatan tu )
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili maggi
![]() |
| :: Makan bersama telur dadar :: |
Sedikit gula
Bhn² B ( Telur Dadar )
2 biji telur
1 tbsp susu cair
Garam secukup rasa
Sedikit perencah pati ayam Tumix
Cara²
- Satukan kesemua bhn² B dan dadar telur seperti biasa. Potong memanjang dan ketepikan.
- Gaulkan mee bersama kicap pekat manis dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak.. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan udang kering dan tumis sehingga sedikit garing.
- Kemudian masukkan serbuk cili dan tumis sehingga garing.
- Masukkan bebola ayam dan biarkan seketika.
- Masukkan pula lobak merah dan kerang panggang. Gaul sebati.
- Setelah itu masukkan kobis, cili merah dan bhn² A. Gaul lagi dan masak seketika.
- Akhir sekali masukkan mee dan masak sehingga mee garing.
- Angkat dan hidang bersama telur dadar tadi.




5 comments:
nampak menyelerakan sungguh! tak tau pulak ada mee udang dlm pasaran... entah ada ke tidak kat semenanjung ni...
kat s'jung diana pun x pasti ada ker x dlm pasaran... kalau x silap mee udang nie dari Kota Kinabalu Sabah nie...
This looks very yummy. Your blog looks lovely, nice template and layout, following your blog :)
Asalamualaikum
thanks ya follow my blog :)
waaa,yummy2 resipi
umm mymoonah~
tq :)
peri pia ~
wcme n thanx gak sudi singgah kat blog diana.. :)
Post a Comment