Tuesday, March 29, 2011

~ Hirisan Daging Dengan Labu Bersos...

Diana @ Melley Mey | 2:31 PM | |


Assalamualaikum.... Dah makan? Belum? Banyak kerja yer? Tak per.. tinggalkan dulu kerja² tu.. Nanti baru sambung yer.. Pergi makan dulu.. baru kerja pun seronok jer kan.. Jangan kerja ngan perut lapar.. Nanti bergendang perut tu kan... Hehehehe.. Hari nie i buat Hirisan Daging Dengan Labu Bersos...  Dah licin dah tadi.. nie baru dapat update.. sibuk sikit hari nie.. :)



Bhn² Untuk Daging
100 gm daging
1 tbsp mentega


Bhn² Perap
1 tsp sos tiram
Serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit soda bikarbonate

Bhn² Untuk Labu
100 gm labu _ d kupas kulitnya dan d kukus _ d lecek
2 tsp bawang besar cincang
1 tsp mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih


Bhn² Sos
1 tbsp bawang besar cincang
1/2 tbsp sos tiram
1/2 tbsp sos lada hitam Life
1/2 tbsp sos cili maggi
1/2 tsp gula
2 1/2 tbsp air
Minyak zaitun untuk menumis


Bhn² Lain
3 biji tomato cherry _ d belah 2 dan d panggang / d goreng dengan sedikit mentega.
Kobis merah _ d hiris halus


Cara²
  1. Perap daging bersama bhn² perap selama 1 jam.. Ketepikan.
  2. Sementara itu.. untuk menyediakan labu ~ Cairkan mentega.. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga terbit aromanya. Kemudian masukkan labu, serbuk lada hitam dan putih serta garam secukup rasa. Gaul rata dan masak seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk daging pula ~ Panaskan mentega.. Masak daging dengan api kecil sehingga masak. Hiriskan kepada kepingan nipis.. Ketepikan.
  4. Untuk sosnya ~ Tumis bawang besar bersama sedikit minyak zaitun sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos cili, gula dan air. Kacau dan tuangkan d atas daging yang telah d susun d atas piring.
  5. Menyediakan susunan d atas piring ~ susun tomato cherry dan lapiskan dengan labu yang telah d bentuk bujur / bulat. Kemudian letakkan dengan hirisan kobis merah. Susun beberapa keping hirisan daging dan lapis lagi dengan labu seterusnya hirisan daging dan labu. Tuangkan sos d atasnya.
  6. Hidang.

4 comments:

izahdaut said... Reply

waaahhh.. tak dapat nak bayang rasa dia yang bercampur wangi labu tu.tertarik betul laaa..huii banyak betul yg masuk list.tak dan nak cube lagik ni..hee

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe... kalau bab labu memang suka kan kita nie izah... semalam terus beli labu nak buat bingka labu macam yg izah buat tu.. tapi hari nie tergendala plak.. ada kerja sikit yang potong jalan.. hehehee

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

nampak sgt menarik ni diana... terliur sudaaa... hehe..

so maknanya ni hidangan lengkaplah ni ye.. ala2 western gitu ye? tak perlukan nasi kan? hmmm... kalau nk buat ni.. akak kena gandakan resepi kepada 4! hehehe...

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe.. a'aa akak.. kalau mkn nie diana x yah ambik nasi lagi.. kenyang sudah.. hehehe
yg nie diana makan ngan irfan jer.. sbb kami jer kat rumah.. tu yg buat sikit tu.. untuk sorg jer.. :)