Monday, March 28, 2011

~ Kari Sotong...

Diana @ Melley Mey | 11:01 PM |

Dua hari nie kalau kita klik older post kat blog i nie.. pasti tak dapat kan.. Walaupun i tak ubah mana² code.. Ermmm... Penat juga mata dan otak nie... Masa 2 hari nie juga ler i tercari² cara nak betulkannya.. Nasib baik ler pertanyaan kami ( ramai juga yang terkena masalah nie yer sejak 2 hari lepas ) kat Help Forum tu terjawab juga oleh seseorang yang berkongsi code untuk memperbaiki masalah tu.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga i buat... Terima kasih kat orang tu kerana sudi berkongsi kan..  Ermmm.. Tak nak banyak membebel ler yer.. Rasa²nya mata nie macam dah tak larat dah.. kepala nie pun berat jer.. Tapi i update juga ler menu malam nie yer.. Menu yang senang² gitu.. Kari Sotong.. Jom tengok...




Bhn²
1.2 kg sotong yang telah d bersihkan dan d potong bulat
4 batang serai _ d hiris kasar
15 biji tomato cherry
1 tin Ayam Brand kiub nenas 
1 biji bawang besar _ d hiris
1 inci halia _ d hiris 
2 ulas bawang putih _ d hiris
5 ulas bawang merah _ d hiris
2 tbsp serbuk kari daging Baba's
1/2 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas
Minyak untuk menumis
Air secukupnya ( untuk mencelur sotong )
3 tbsp sos tiram maggi
Garam secukup rasa
2 biji cili padi hijau ( untuk hiasan) _ d hiris


Cara²
  1. Campurkan serbuk kari dengan serbuk kunyit dan bancuh dengan sedikit air panas.. Ketepikan.
  2. Celur sotong dengan air mendidih seketika.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan serai dan tumis seketika lagi.
  5. Masukkan  bancuhan kari dan kunyit tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika.
  6. Masukkan pula sotong, nenas bersama jusnya, tomato, sos tiram dan garam. Sesuaikan rasa.
  7. Masak d atas api kuat seketika. 
  8. Angkat dan hidang.


2 comments:

Kak Sam said... Reply

Assalamualaikum..
Masuk list yea. tap penah buat lagi ni.

Diana @ Melley Mey said... Reply

wsalam kak sam...
hehhehee... harap2 kak sam suka.. terima kasih :)
nie sebenarnya fav anak2 n hubby nie.. Mereka suka mkn sotong yg d masak mcm nie atau yg ngan longan tu :)