Tuesday, March 29, 2011

~ Labu Masak Bersama Sayur Pucuk Manis Dan Telur...


Awal sungguh i masukkan menu makan malam kami yer hari nie... Sebenarnya memang kami awal makan.. daaaan.. hari nie i masak sayur jer.. Nie jer yang i masak.... Hee Heee.. Kenapa? Hari nie sibuk sikit... Jadi lauk yang lain hubby tapau jer tadi.. Oleh kerana nak sesangat makan Labu Masak Bersama Sayur Pucuk Manis Dan Telur nie... Maka i masak ler juga kan.. yer ler nak layan tekak nie.. :). Kalau ikutkan hubby memang dia nak tapau kesemua lauk tuk malam nie... Tapi tak per.. nak juga masak sayur nie.. Tak peduli.. hehehehe.... ^_^. Baik ler.. Jom tengok resipinya... kat sini ngah hujan lebat nie.. tak sempat pula nanti nak update kan kan... 




Bhn²
700 gm labu _ d kupas kulitnya dan d poitong dadu kecil
130 gm udang bersaiz kecil _ d buang kulitnya
25 gm sayur pucuk manis
Segenggam udang kering _  d rendam dan d tumbuk kasar
6 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
2 batang serai _ d titik
1 tsp serbuk cili
700 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
1 tsp gula
Garam secukup rasa
3 biji telur ( boleh juga d kurangkan kepada 2 biji yer )
Minyak untuk menumis


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak... Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan serai dan tumis seketika lagi.
  3. Kemudian bubuh serbuk cili dan gaul rata. masukkan udang kering dan tumis sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan labu, udang dan sayur pucuk manis. gaul rata dan biarkan seketika.
  5. Tambahkan santan cair dan biarkan sehingga ianya mendidih.
  6. Bubuh gula, perencah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
  7. Setelah labu lembut.. masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Pecahkan telur.. biar seketika tanpa d gaul.. Setelah telur dah kelihatan sedikit masak bolehlah d gaul perlahan²..
  8. Tutupkan api dan angkat.
  9. Hidang.

3 comments:

Uncle Lee said... Reply

Hi Diana, I love this. Looks really delicious! You ada black belt in cooking I guess.
I have never eaten this before, but I think no problems finish 2 plates rice with this dish, ha ha.
You are good!

Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Sofea said... Reply

Diana..fav akak le sayur2 kg mcm ni..ada pula sambal belacan, lagi best! :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

uncle lee ~
hi..tak per².. nanti bole try makan yer... ^_^

sofea ~
a'aa akak.. diana pun suka... sambal belacan? memang best tu.. :)