Sunday, April 3, 2011

~ Cinnamon Apple Cupcakes...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Macam mana cuti hujung minggu nie? Pasti ramai yang pergi jejalan bersama keluarga kan... Kami pula cuma dok rumah jer.. Buat cupcakes bersama daughter tadi... Dah  lama tak buat cupcakes bersama daughter.. hari nie ada sikit masa terluang kami.. Jadi buat ler sikit... 


Cinnamon Apple Cupcakes nie memang best... Tambahan lagi bagi orang yang memang fav dia yang berkaitan ngan bab² cinnamon nie ( macam i ler tu.. hehehhee.. :D ). Resipi nie dari Agnes Chang Easy Bake.. Dah pernah cuba tak? Sedap kan... :). Nak tau resipinya... tengok kat bawah yer... 




Bhn² Untuk Kek
250 gm mentega
4 biji telur
160 gm gula kaster
250 gm tepung gandum ( i guna tepung kek )
1 1/2 tsp baking powder
60 gm susu segar ( i guna susu cair )


Cara²
  1. Jika menggunakan tepung gandum ~ Ayak tepung gandum bersama baking powder.. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula kaster sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit baki bhn² d atas dan putar sebati.
  5. Ambil 1 tbsp adunan kek dan masukkan ke dalam cawan kertas. Bubuh inti ( cara membuatnya sila rujuk d bawah yer ) dan bubuh d atasnya dengan adunan kek lagi sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 200°C selama 13 - 15 minit sehingga kekuningan.

Untuk intinya pula i buat 2 kali ganda resipi kat bawah nie.. sebab i lebih suka bubuh inti bebanyak gitu.. Hehehe...

Bhn² Inti
1 tbsp mentega
2 biji epal _ d kupas kulitnya dan d potong dadu kecil
1/2 tsp cinnamon powder
2 tbsp air ( i tak bubuh  sebab i rendam epal bersama air sejuk sekejap )
2 tbsp gula kaster

Cara²
  1. Panaskan mentega dan masukkan epal serta cinnamon powder... Goreng sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kesemua baki bhn² d atas dan masak d atas api kecil sehingga ianya garing.
  3. Angkat dan biarkan ianya sejuk sebelum d gunakan.


4 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Wow sedapnya, makan panas-panas lagi sedap nu... mai cikit

Diana @ Melley Mey said... Reply

makan panas2 memang sedap kan akak... best sgt... heheheh.. dah licin dah akak.. nnt diana buat lg kita makan sama2 yer akak yer.. :)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said... Reply

kita pun suka bau cinamon dan epal..ada epal lagi kat rumah ni..nanti kita buat untuk awak jugak..

Diana @ Melley Mey said... Reply

tu ler kan nazrah... nnt try ler.. kalau ikut tekak diana .. memang best ler resipi nie.. :D