Wednesday, April 27, 2011

~ Hot & Crispy Chicken Lagi.. Hehe ...


Nie resipi ulang tayang sebenarnya... Hehehhe.. Tak per kan? :D. Tapi kali nie i letak ler resipi mengikut sukatan.. kalau dulu i cuma letak resipi yang campak² gitu jer kan.. Kalau nak tengok entri lepas boleh klik kat → SINI yer. Menu nie i masak pada hari yang sama dengan entri Salad Ayam Versi 2.. Ingat kan.. :)  Baik ler.. jom tengok resipi ulang tayang nie.. hehehehe.. 




Bhn²
3 ketul peha ayam  _ cuci dan bersihkan

Bhn² Perap
1 tsp garam
1 tbsp gula
1 tangkai daun bawang _ d potong 3cm pjg
1 inci halia muda _ d hiris nipis
2 ulas bawang merah _ d hiris nipis

3 ulas bawang putih _ d hiris nipis

Bhn A
2 biji kuning telur

Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bhn B
2 cawan air rebusan ayam
1 inci halia _ d cincang

4 ulas bawang merah _ d cincang
5 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji cili merah _ d cincang

Bhn C
1 1/2 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
2 tsp minyak bijan

1 1/2 tbsp cuka
1 1/2 tbsp gulaula
Garam secukup rasa



Bhn² untuk hiasan
Cili merah _ d cincang
Daun bawang
 



Cara²
  1. Perap ayam dengan bhn² perap selama 1 1/2 jam.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk bersama air melebihi paras ayam.. Rebus sehingga ayam empuk.. Angkat dan toskan.
  3. Setelah itu.. celup ayam ke dalam kuning telur dan saluti dengan tepung jagung.
  4. Goreng ayam d dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan ayam sejuk sebelum d potong.
  5. Kemudian ayam d potong kecil² dan susun d atas pinggan.. Ketepikan.
  6. Tuangkan kuahnya d atas ayam tadi dan rengiskan sedikit minyak bijan.
  7. Taburkan bhn² hiasan dan bhn yang telah d tumis d atas ayam.
  8. Hidang dengan sos... Resipinya tengok kat bawah yer..
Cara Untuk Kuahnya

  1. Tumis bhn² cincang ( Bhn² B ) bersama sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing.
  2. Angkat dan ketepikan untuk hiasan ( tinggalkan 1 tbsp bhn yang d tumis tadi d dalam kuali / periuk ).
  3. Campurkan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi 1 tbsp bhn yang telah d tumis tadi dan biarkan ianya mendidih.
  4. Kemudian masukkan bhn² C dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan tuangkan d atas ayam yang telah d susun d atas pinggan tadi.

Bhn² Sos 
Kimball Thai Chilli sauce
Kicap pekat manis Cap Ayam
Air limau kasturi
Sedikit kuah dari bhn B
** Campurkan kesemuanya.



11 comments:

nur easy said... Reply

menariknya..mesti rangup kn... nak cuba lah ;)

Diana @ Melley Mey said... Reply

a'aa tp kalau nak rangup kena tuang kuahnya semasa hendak d makan yer.. ;)

OreO HitaM said... Reply

Chef kah anda?

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe.. masak kat rumah jer... hehhee

Nieza said... Reply

kak, ulang tayang pun sodap..hehe

izahdaut said... Reply

assalamualaikum...
kak diana..aloo sedapnya menu dia..rajin betul akak ku sorang ni. dah la terliur tengok bun mexico kat bawah tu.huhu.. nak jugakkk

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said... Reply

wah...terliuq sudah...

luckylizan said... Reply

seksi pulak tengok kaki ayam ni..mesti sedap

Diana @ Melley Mey said... Reply

nieza ~
hehehe.. saja nak tayang balik untuk letak sukatan resipinya tu nieza ^_^

izah ~
wsalam izah... hehehe... MB akak nor tu memang sedap izah... rugi x cuba tau izah.. ;)

nazrah ~
hehehe.. nasib jauhkan.. kalau x boleh makan sama.. tp dah lama licin dah..;)

luckylizan ~
kaki ayam pun boleh mengoda tau lizan.. hehehe.. :D

Ayu said... Reply

this ayam looks interesting..bahan2 diselitkan dalam kulit ayam ya diana..

Diana @ Melley Mey said... Reply

ayu ~
a'aa akak... kena selitkan kat bawah kulit ayam tu ..