Monday, April 11, 2011

~ Sardin Masak Kicap...


Sardin Masak Kicap nie pun salah satu menu makan malam kami semalam.. Heeheee... Dah licin pun.. Baru nak update kan.. Haih!! Rasanya beberapa minggu nie merupakan minggu yang amat memenatkan dan sibuk buat i... Tu yang lewat nak update tu.. Sorry tau.. menu semalam baru nak tunjuk malam nie kan... :). Jemput tengok resipi untuk minggu yang teramat sibuk nie.. serba ringkas jer.. Heeheee ;)


Bhn²
2 tin sardin ( i guna Ayam Brand )_ d buang tulangnya
2 biji cili merah _ d hiris kasar
2 biji cili hijau _ d hiris kasar
1 biji bawang besar _ d hiris kasar
4 ulas bawang merah _ d hiris
3 ulas bawang putih _ d hiris
1 tsp halia
2 biji tomato _ d potong kecil
1 batang serai _ d titik
1/3 tsp serbuk cili
2 tsp serbuk rempah kicap ( kat Labuan ada jual kat Bataras )
1 tbsp kicap pekat manis cap Ayam
1 tsp cuka
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis


Cara²
  1. Panaskan minyak.. tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk cili dan gaul rata.
  3. Masukkan pula serai dan serbuk rempah kicap. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul seketika.
  5. Kemudian masukkan sardin, kicap, cuka, gula dan garam secukup rasa.. Masak seketika lagi sehingga sedikit garing
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan seketika.
  7. Angkat dan hidang.



5 comments:

cik cek said... Reply

Tgk lauk ni teringat dulu2...selalu masak menu ni...ringkas tapi sedap...:-)

Diana @ Melley Mey said... Reply

yer.. ringkas tapi sedap n bebudak pun suka makan... :)

Citarasa Rinduan said... Reply

selamat malam diana

tu dia....
kak ayu baru jer makan bubur dan sardin..
tapi masak sambal..
lambat on lappy kalau idak..dah masak macam kamu sure menyelerakan....

Kak Sam said... Reply

Lamanya tak makan sardin. Terasa keenakkannya

Diana @ Melley Mey said... Reply

citarasa rinduan ~
hehhee.. akak sardin masak sambal pun best ... memang menyelerakan tu.. :)

kak sam ~
sardin nie kalau lama x makan mesti sedap sesgt jika d mkn ngan nasi panas kan .. :)