Thursday, April 28, 2011

~ Sotong Sumbat Bersos...


Assalamualaikum.... Ermmm... salah satu menu makan malam kami hari nie Sotong Sumbat Bersos... Kali nie i guna sotong yang bersaiz besar.. Nasib ada yang bersaiz besar.. kalau tak.. ermmm... sibuk lagi ler semasa menyumbat sotong tu kan kalau guna yang bersaiz kecil... Hehheee...  Nasib baikk... ;). Hari nie banyak kerja yang kena d uruskan.. Kepala pun dah sakit yang teramat dah sekarang nie... Jadi tak nak ler banyak cerita kan.. Takut tak sempat pula nak update nanti... Mari tengok resipi nie.. oo yer.. mungkin resipi nie agak banyak yer.. 


Bhn²
8 - 9 ekor sotong bersaiz besar _ d bersihkan 
Daun bawang _ d cincang
Daun sup _ d cincang
Cili merah _ d cincang
Lidi secukupnya


Bhn² Inti
500 gm udang _ d buang kulitnya dan d cincang
400 gm daging ayam kisar ( i guna ramly brand )
50 gm lobak merah _ d cincang
5 keping cendawan kering _ d rendam dan d cincang
1 tangkai daun bawang _ d cincang
1 tangkai daun sup _ d cincang
2 tbsp tepung jagung
1 tbsp kicap cair Loon Kee
1/2 tbsp minyak bijan
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp garam


Bhn² Sos
1/2 cawan sos cili maggi
1/2 cawan Kimball sos cili thai
1 1/2 cawan air
1/2 tsp minyak
Secubit garam


Cara²
  1. :: Untuk inti ~ Campurkan kesemua bahan² inti dan perap selama 30 minit.
  2. Setelah itu masukkan inti ke dalam sotong dan cantumkan kepala sotong dengan lidi.
  3. Kukus sotong sehingga masak.
  4. Kemudian bolehlah d potong dan tuangkan sos d atasnya serta taburkan daun sup, cili merah dan daun bawang.
  5. Hidang.
  6. :: Untuk sos ~ Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan². Gaul dan biarkan ianya mendidih. Tutupkan api dan angkat.




10 comments:

Citarasa Rinduan said... Reply

diana..
Ya ampun., walau kamu sibuk.. kamu menghasikan sesuatu yang kreatif dan enak sekali..

aduh.. kak ayu lapor balik..

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehe...
akak.. rasanya masih boleh lagi tu terkejar2 ngan masa.. nasib baik sempat.. hubby nak makan sotong nie... buat ler gak wpun sibuk tadi... :)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said... Reply

Macam hidangan di five star restaurant....sungguh enak nampaknya..

Nieza said... Reply

perghhh mabeles la kak....sedapnya terliur dah mlm2 singgah sini...mana nk pi cari sotong besar ni..hehe

CT Delima said... Reply

Menarik, cantik hiasa dan terasa macam nak cuit jer sotong sumbat tu kat screen.. hihihi. memang kreatif lah Diana. Mintalah amik resipi ni hujung minggu bila free bole cuba..insyaAllah

Jujur kak ct suka sangat2 :D

CT Delima said... Reply

Daiana..lupa kak ct nak tanya. sotong ni agak2nya nak kukus berapa minit..? tr kasih ya :D

leng loy said... Reply

tolan air je den mampu..
huhu

Diana @ Melley Mey said... Reply

nazrah ~
hehehe... x der ler.. main hentam jer nie.. ;)

nieza ~
kat cnie pun kekdg susah nak dptkan sotong besar nie.. yang selalu ada kecik jer kan..

ct delima ~
terima kasih akak... boleh jer akak..
ermm.. diana pun main agak jer akak.. hehehhe.. tak plak tengok brapa lama nak kukus tu.. terlupa plak nak tgk.. huhuu :)

leng loy ~
hehehe... kalau dkt boleh makan sama kan lain kali.. ;)

CT Delima said... Reply

Diana.. kak ct cari you punya shoutmix tak jumpa atau tak ada.. hehehe.

nanti mai datang Dapur CT ada tugasan buat you ya.. thanks Diana :D

Diana @ Melley Mey said... Reply

hehehhee... akak.. memang x der akak... tu yg x jumpa2 tu... ;)
o ok nnt diana masuk dapur akak yer.. :)