Wednesday, May 25, 2011

~ Ayam Kicap Berempah Harum...

Diana @ Melley Mey | 9:09 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang darlings semua... Diana nak minta maaf kerana lambat balas komen dan hari nie tak dapat BW.. Huhuuu... Hanya sempat jenguk dapur nie dan ber fb dari hp jer pagi tadi sekejap.. Maaf sesangat tau.. Jap lagi i balas yer semua komen tu.. terima kasih kerana sudi singgah kat dapur Diana nie... Ermm.. untuk menu makan malam kami hari nie i masak nasi ayam segera gitu.. Hehehee.. Kejar masa gitu.. Guna yang segera pun sedap kan.. I guna Ikan Brand tu :). Lepas tu i masak Ayam Kicap Berempah Harum resipi Akak Dayang Jack... Dulu pernah tergoda kat dapur Akak UmmiAkak MadihaaIzahMas dan ramai lagi yang pernah cuba resipi nie kan.. Maaf sekiranya Diana tertinggal nama² yang lain yer.. Ayam Kicap Berempah Harum nie memang sedap.. Terima Kasih kepada Akak Dayang kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana berkongsi resipi nie kat sini pula yer akak.. Terima Kasih! ;). Dan Diana c&p dari dapur Akak Ummi.. Izinkan Diana yer akak.. Terima kasih akak :)


~ Ayam Kicap Berempah Harum...
:: Resipi oleh ~ Akak Dayang Jack @ DapurKu SaYang
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet HomeAkak Madihaa @ Dari Dapur MaDiHaAIzah @ Izah Muffin LoverMas @ Duniaku

Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni) _ Diana pun tambah nie
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
  • Diana tambah _ hirisan bawang besar dan tomato ( Nie kalau tak bubuh pasti ada orang kat rumah Diana yang tanya nie.. hehehe )
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg) _ Diana pun bubuh 2 batang
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. ( boleh tambah kicap, air dsbnya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

3 comments:

anymz said... Reply

sedapnya masak kicap ni..mesti jauh lagi sudah terbau kan?..

Mas said... Reply

memang terbaik ayam kicap berempah harum ni....
sedappp...
anak2 mas suka sangat....
selalu tau mas buat...

Diana @ Melley Mey said... Reply

anymz ~
a'aa akak.. dari jauh pun boleh tercium keharumannya tu.. :)

mas ~
mmg sedap! terbaik! anak2 akak pun suka makan tadi.. nie 1st time akak masak ayam kicap berempah harum nie.. ternyata sedap!!