Monday, May 30, 2011

~ Double Chocolate Fudge Brownies...

Sheery Dream Cakes | 1:51 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Hari ini sempat buat Double Chocolate Fudge Brownies.. DCFB ni memang mudah disediakan sebab menggunakan dan sedap di tekak kami.. Nak resipinya boleh semak di bawah ya...



:: Resipi oleh ~ Agnes Chang  ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 250 gm coklat masakan ( dark ) _ dipotong menjadi ketulan kecil
  • 150 gm mentega
  • 180 gm gula perang lembut ( soft brown sugar )
  • 3 biji telur _ dipukul ringan
  • 1 tsp esen vanilla
  • 120 gm tepung serbaguna _ diayak
  • 120 gm coklat putih _ dipotong kecil-kecil
  • 120 gm biji gajus panggang _ dicincang 

Cara-Cara
  1. Cairkan coklat masakan bersama mentega menggunakan double boiler atau masukkan ke dalam microwave ( medium power ) selama 2 minit. Keluarkan dari microwave. Kacau adunan menggunakan whisk sehingga lembut. 
  2. Kemudian masukkan gula dan gaul sebati.  
  3. Masukkan telur dan tepung. Gaul sebati. 
  4. Masukkan coklat putih dan biji gajus cincang. Gaul rata menggunakan spatula.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 28 cm x 18 cm / 11" x 7 " yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
  6. Sejukkan sebelum dipotong.
  7. Potong mengikut citarasa masing-masing dan taburkan dengan gula aising atau glace icing di atasnya semasa menghidang.







0 comments: