Wednesday, May 11, 2011

~ Kuih Lopes...

Sheery Dream Cakes | 10:49 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kuih Lopes nama diberi… Mulanya dulu nampak kat dapur Akak CT... Lepas tu baru-baru ni nampak pula kat dapur Akak Yatie... Aduh!! Tak tertahan tengok kuih tu... hehhee... Selama ni asyik beli jer... tak reti nak buat sendiri Kuih Lopes ni... Hari ni buat pertama kalinya.. dah pandai buat dah... hehehhehe... Seronok sangat!! Terima kasih kat tulip77@ My Resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Terima kasih juga kat Akak CT dan Akak Yatie ya... Izinkan Diana pula berkongsi resipi kuih yang sedap ni di sini.. Terima Kasih… 




:: Resipi oleh ~ tulip77@ My Resipi
:: Sumber ~ Akak CT @ Dari Dapur CT & Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku


KUIH LOPEZ
Saiz sedang-sedang dapat 24 ketul


Bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan ( dikisar )
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air  dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan.
  3. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. 
  4. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan. Kukus lagi selama 30 minit.
  5. Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat-padat dengan plastik / daun pisang. 
  6. Biarkan sejuk. Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
  7. Semasa mengukus pulut, bolehlah buat air gula. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  8. *** Air gula ni bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan. Jika guna yang besar bolehlah dikurangkan. 







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...