Monday, May 16, 2011

~ Menu Semalam...

Diana @ Melley Mey | 7:52 AM |

Assalamualaikum dan kembali bersiaran d siang hari nie yer... hari nie baru ada sedikit masa nak update blog d siang hari... Tu pun kira mengejar masa gak nie.. Kena buat sepantas mungkin... Hehhehee... Harap² sempat ler kan .. Kalau tak sempat ... kena tangguh lagi ler nampaknya ... Huhuuu... Baik ler tak nak membuang masa lagi... hiihiii... Terus jer tengok resipi menu makan malam kami semalam yer...




Semalam i masak Nasi Lobak Merah... Nasi nie memang sedap!!! Semua orang kat rumah nie suka sesangat makan... Memang tak kan rugi mencuba resipi nie tau... Daughter yang kurang minat ngan lobak merah pun suka makan... hhehehe.. Resipi nie Diana c&Pdari dapur Akak Ayu S'pore... ( izinkan Diana c&p yer akak ).. Terima kasih tau akak kerana berkongsi resipi yang sungguh sedap nie... Pernah juga tengok Nasi Lobak Merah nie kat dapur Akak Nor dan Akak Ummi... Terima kasih bebanyak... Izinkan Diana kongsi kat sini pula yer akak... Terima kasih.. :)




~ Nasi Lobak Merah...


:: Sumber ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction

Ingredients:-
1kg beras beriani - ( 1kg basmathi rice )
6 biji lada hijau dipecah2 ( 6 green chillies bruised )_ saya campurkan cili merah juga
1 sudu teh jintan halus -ditumbuk kasar-kasar - ( saya gunakan serbuk aje )-( 1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones )
1 cawan minyak kacang - ( 1 cup cooking oil )
1 sudu besar minyak sapi - ( 1 tbsp ghee oil )
3 batang lobak diparut - ( 3 carrots shredded )
300g buah tomato dipotong halus - ( 300g tomatoes sliced thinly )
*6 biji bawang putih ditumbuk halus - ( 6 garlics minced )
*2cm halia ditumbuk halus - ( 2cm ginger minced )
2 biji bawang besar dihirs - ( 2 large onions sliced )
4cm kayu manis - ( 4cm cinammon bark )
3 biji buah pelaga - ( 3 cloves )
3 biji bunga cengkeh - ( 3 cardamons )
Garam - ( salt ) 


Diana Tambah Juga ( Izinkan Diana tambah bahannya yer akak.. mengikut citarasa keluarga Diana.. Ampun akak... )

150 gm buah kundur kering
Kismis
2 helai daun pandan 
1 ketul kiub ayam

Method:-

  1. Sukat air 1100 ml lalu ketepikan dulu. 
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak merah parut. 
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan-bahan tumbuk*, lada hijau dan jintan. 
  4. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. 
  5. Bila mendidih, masukkan beras, ( bahan-bahan yang Diana tambah tu kecuali kismis.. Kismis bubuh nanti bila nasi dah nak masak yer ) dan garam, masaklah hingga tanak-( saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa ).
- Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked - ( this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)









5 comments:

ady said... Reply

as-salam
npk sedap nasi tu...sungguh menyelerakan..

K.Nor said... Reply

mmg sedap nasi ni, anak2 mmg suka makan si emak lagi la suka buat sbb simple jer kan :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

ady ~
mmg sedap nasi tu ady...

nor67 ~
a'aa kan akak.. suka sgt makan... hehehhee... mudah jer kan akak... :)

Citarasa Rinduan said... Reply

selamat malam diana...
dari ayat kamu nie.. mmg nampaks angat kamu ada hal yang penting..
tak apa.. pentingkan y utama ya

but.. nasi carrots kamu tu mmg menyelerakan..ditambah udang galah..
wah!!! lapo

Diana @ Melley Mey said... Reply

Selamat malam akak..
hehehehe.. betul2... pentingkan yg utama dulu kan akak... setuju sgt tu..

nasi tu mmg sedap akak... best sungguh!