Friday, May 27, 2011

~ Resipi Campak² Lagi :D...

Diana @ Melley Mey | 12:19 PM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Maaf sangat biarkan dapur nie tiada penghuninya seharian .. malah semalaman gitu.. Huhuuu... Sebenarnya awal pagi lagi semalam i dah keluar rumah.. Balik rumah pula dalam pukul 3 petang.. Terus sediakan menu makan malam kami.. Sambung lagi lepas tu buat Chocolate-Bottom Banana Square... Memang tersangat ler penatnya semalam.. Tak sempat nak update apa².. Huhuuu.. Maaf sesangat. Semalam pun cuma sempat masak yang senang² jer.. main campak² gitu... Salah satu menu kami semalam atas permintaan hubby.. Bendi Goreng Belacan.. Belacan? Lagi? Hehehhee.. Tak per ler kan.. Hiihiii... I masak jer mengikut permintaan.. ^_^




Bhn²
Kacang bendi _ d cuci terlebih dahulu kemudian d potong menyerong
Udang kering _ d rendam, d toskan dan d tumbuk ( dulu lupa bagitau.. i rendam dalam air panas yer )
Ikan bilis halus 
Cili merah _ 1/2 d tumbuk dan 1/2 d hiris 
Sedikit belacan _ d tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Kicap cair ( i guna Loon Kee brand )
Garam
Gula
Minyak


Cara²
  1. Panaskan minyak.. Goreng ikan bilis sehingga garing.. Angkat ikan bilis dan ketepikan.
  2. D dalam kuali yang sama.. Masukkan bhn² yang d tumbuk dan sedikit gula. Tumis sehingga sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan bendi dan gaul rata. 
  4. Setelah bendi layu.. masukkan garam, kicap cair, cili merah dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan angkat.
  5. Sedia untuk d hidang


Ada juga Sup Wantan Dan Bebola Campuran... Alaaa... yang ready made jer pun.. Hehhehee... Tak sempat nak buat sendiri.. Cara memasaknya sama jer macam Sup Ayam tu... Klik   SINI  untuk resipinya yer.. Tukarkan jer ayam tu dengan wantan dan bebola campuran ready made tu.. Tapi tak perlu ler bubuh ubi kentang yer.. :). Selamat Mencuba...


4 comments:

izahdaut said... Reply

akak.. saya suke benor kalau sayur goreng goreng belacan ni. mmg menambah selera n bau kat meja makan. sukeee

ijayuji said... Reply

salam kak diana! waaaaaa...lady finerrrrr kita suke!!! pastu goreng2 mcm ni tak yah makan nasi mkn gitu jerrr abis! :D

Diana @ Melley Mey said... Reply

izah ~
a'aa izah..akak pun suka.. tp tu ler.. menambah nasi ler jwbnya nnt tu.. huhuu.. habis diet kan izah.. hehehe

ijayuji ~
wsalam...
betul tuuu... apa lg kalau d makan terus selepas d masak tu kan... sedaapp!!. :)

belognisa said... Reply

slm akak..kita da try resepi ni. sedappp..kita suka masak2 sayur ni..huhu. tenkiu akak :)