Monday, May 30, 2011

~ Satak Oh Satak...

Diana @ Melley Mey | 12:24 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Ermmm.. Nie pula entri tertangguh gitu... Dah lama licin satak nie.. Kat sana panggil apa ek satak nie? Kami sekeluarga memang suka makan satak nie.. Tapi yang tak selesanya tiap kali hubby beli satak nie kaaan.. Hubby mesti beli banyak gitu.. uwaaaa... kena masak 2 atau 3 jenis .. Kalau x.. bosan tu makan menu yang sama jer 32 ekor.. Nasib baik cuma 32 ekor kali nie.. kekadang tu lebih 40 ekor.. 




Ermmm... Kalau Diana ler kan.. lebih suka makan satak yang d rebus cicah ngan sambal kicap ngan limau cili padi... Sedaaap!!! heheheh... Jumaat lepas.. hubby beli 32 ekor satak... Memang besar² kesemua satak tu... Isinya pun banyak.. Memang puas makan.. :). Diana masak Kari dan Satak Masak Sos Cili Thai.. Cuma kali nie ada sedikit olahan kat resipi nie.. Selebihnya makan yang berebus tu jer... Mari tengok resipinya..

~ Satak Masak Sos Cili Thai...


Bhn²
15 ekor satak yang telah d rebus _ d belah sedikit d hujung ekor dan kepalanya / boleh juga d belah 2
1 1/2 botol sos cili thai Kimball
1/2 botol besar sos cili maggi
1/4 cawan air limau kasturi
15 ulas bawang merah _ d cincang
10 ulas bawang putih _ d cincang
2 inci halia _ d cincang
1 biji cili merah _ d cincang
1 tbsp kicap cair
Garam secukup rasa
Gula jika perlu 
Air secukup kegunaan
Minyak untuk menumis


Cara²
  1. Panaskan minyak d dalam kuali.. Masukkan bahan² yang d cincang dan tumis sehingga terbit aromanya.
  2. Kemudian masukkan kesemua lebihan bahan² kecuali satak rebus. 
  3. Setelah mendidih bolehlah d masukkan satak dan gaul rata.
  4. Sesuaikan rasa dan angkat.
  5. Hidang.

❀  ❀  




Selain tu... i masak juga Kari Satak.. Yang nie memang i yang suka makan selain makan yang rebus tu... Hehhee.. I suka sangat yang d masak kari nie.. Tapi hubby dan anak² suka yang masak cili thai tu.. Selera masing² kan .. :) Jom tengok pula resipi Satak Masak Kari nie..

~ Kari Satak...

Bhn²
10 ekor satak yang d rebus _ d belah sedikit d hujung ekor dan kepalanya / boleh juga d belah 2
6 tbsp serbuk kari daging Baba's ( boleh guna yang kari untuk makanan laut yer ) + sedikit air panas
3 keping asam keping ( mengikut citarasa masing² )
3 batang serai _ d titik
3 tangkai daun kari
1 tsp jintan manis
1 tsp perencah pati ikan bilis
1 tbsp kicap cair
Minyak untuk menumis
Santan dan air secukupnya

Bhn² Tumbuk
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia 
Kunyit hidup sebesar ibu jari 
Segenggam udang kering _ d rendam dlm air panas dan toskan

Cara²
  1. Panaskan minyak... tumis bhn² tumbuk dan jintan manis.. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan serai dan 2 tangkai daun kari.. Tumis seketika lagi.
  3. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan sedikit gula. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan santan secukup keperluan.. Bubuh kicap cair, perencah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan satak dan 1 tangkai daun kari... biarkan kuahnya mendidih.
  6. Tutupkan api dan hidang dengan nasi putih panas.
::  Masa tu masak juga sayur labu nie... ::


5 comments:

izahdaut said... Reply

mcm udang ke?ooo tau tau.. apa ek orang panggil kat semenanjung ni... pernah tengok tak pernah makan. wooo sedap tu. murah ye kat labuan satak ni?

Diana @ Melley Mey said... Reply

izah ~
ermm.. mcm rasa lobster gitu izah... cam udang gak.. ala2 gitu ler rasanya... tu ler kan izah.. kat sini cuma panggil satak.. nama lain x yau plak.. :)
kat labuan harga mengikut saiz satak tu... hari tu hubby akak beli yg saiz besar dalam rm 30 sekilo.. kalau yg kecik ckit tu dlm rm 15 ke rm 18.. Bergantung kat saiz gak

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

salam diana..
kat semenanjung belum pernah nampak satak ni.. nama pun tak tau kat sini panggil apa.. nak kata udang ketak.. yg ini saiznya lebih besar & kepalanya pun nampak lain.. isinya pun nampak byk gak tu.. baru2 ni akak ada beli udang ketak.. nanti akak masukkan n3nya yer.. sedang edit2 gambarnya.. hehe..

Diana @ Melley Mey said... Reply

madihaa~
wsalam akak..
oo yer ker akak... nanti nak tgk gak rupa udang ketak tu... hehhee.. mungin sama cuma rupa berbeza.. hehhehe.. e'eeh.. pepandai jer diana nie kan akak.. :)

Anonymous said... Reply

kak diana....bestnyer akak..akak idola saya... :)