Saturday, July 23, 2011

~ Ayam Kopi...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Pagi nie badan terasa agak lemah sedikit... Memang dah ada tanda² nak demam dan selsema... Dah berapa kali dah bersin nie.. Alahai!! terus makan vitamins semasa bangun subuh tadi... Yer ler kan biasanya ambil semasa sarapan... Hari nie ambil vitamis awal sikit... Sekarang pun kepala masih terasa berat jer.. Ermmm...


Salah satu menu makan malam kami semalam... Ayam Kopi.. Sebenarnya resipi nie i ambil dari sebuah buku masakan cina cuma i ada olah sedikit bahan²nya yer.. Yer ler mengikut citarasa tekak nie kan.. Bercerita pasal Ayam Kopi nie.. Mungkin ada juga yang tak pernah makan kan? Bagi yang memang meminati kopi sememangnya mereka akan suka makan Ayam Kopi nie.. Mungkin juga tidak suka kan.. Hehehhee.. Terpulang ler kat tekak masing² kan kan kaan.. ;).


Pesanan i ( waah!! ada pesanan pula ek.. hehehe :D ).. Sesiapa yang tidak biasa dengan menu nie dan hendak mencubanya.. boleh ler d kurangkan sedikit sukatan kopi tu yer.. Tapi kepada yang suka rasa kopi yang pahit tu.. Boleh jer d tambah.. Pandai² ler adjust kuantiti bahan tu mengikut citarasa sendiri yer.. Kepada yang inginkan kelainan .. boleh ler mencuba resipi nie.. Tak berani? Heheheheh... Baik jangan.. :D. Apa² pun Diana kongsikan juga ler resipi nie kat sini yer.. Mana tau ada sesiapa ker yang teringin nak mencuba kelainan nie.. Jom semak resipinya.. ;)

::  Diana guna Sos Plum Loon Kee  ::

::  Kuantiti kopi tu boleh ler adjust sendiri yer  ::


Bhn² A
1 kg dada ayam yang telah d bersihkan d potong 3 inci panjang dan d hiris
2 tsp baking soda
150 ml air

Bhn² B ( D bancuh bersama )
1 1/2 - 2 tsp kopi segera _ Diana guna nescafe ( Boleh d kurangkan atau d tambah )
150 ml air panas

Bhn² C
15 ulas bawang putih _ d cincang

Bhn² D
3 tbsp sos cili thai Kimball
3 tbsp sos plum 
3 tbsp sos cili Maggi
1/2 - 1 tbsp kicap pekat / karamel pekat klasik Loon Kee 
Gula secukup rasa
Jus lemon dari 1 biji lemon

Bhn² Perap
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
1 1/2 tbsp minyak bijan
2 tsp gula
2 tbsp tepung ubi

Cara²
  1. Campurkan kesemua bhn² A dan perap selama 20 minit.. Cuci dan toskan.
  2. Kemudian gaulkan ayam bersama bhn² perap dan perap selama 45 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak kekuningan ( jangan terlalu garing yer ).. Ketepikan.
  4. Tumiskan bawang putih bersama sedikit minyak sehingga wangi.
  5. Masukkan bancuhan kopi ( bhn² B ) dan bhn² D. Biarkan ianya mendidih.
  6. Setelah itu masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  7. Masak sehingga kuahnya betul² meresap pada ayam tadi.
  8. Tutupkan api dan hidang dengan nasi putih.


19 comments:

Nuridah said... Reply

Assalamualaikum Diana

Berkilauan ayam kopi tu. rasa kak nur mcm nk cekup aje dari screen computer ni...hehe...kak nur tk pernah rasa ayam yg dimasak bersama nescafe ..apa rasanya??

Mieza said... Reply

canggih gitu resepi ni..tak pernah terlintak di fikiran ni nak letak coffee dalam resepi ayam..mieza mesti cuba...kak diana hr ni mieza dah masak ikan masak hijau tu...sedap giler kak hehehe

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana :)
Diharap Diana dah sihat ptg nih :)

Resipi yg unik..harus dicuba nih :P

Cheq Sue said... Reply

salam kak diana

aikkkk...terherap jap... agak2 cane rasa ayam ni yer... tgk gambar aje rasa dah sedap...

Amie said... Reply

inilah meriahnya dunia masakan, macam-macam ada...first time Kak Amie dengar ayam kopi, mesti wangi bau kopi /nescafe resepi tu... nampak cantik berkilauan..

anymz said... Reply

akak pun tak pernah dengar lagi ayam kopi..akak abik resepi masuk list dulu ya diana..nampak sungguh menyelerakan tu..cam sticky sikit rasa nya tu ya.
eh mesti cuba ni :D

izahdaut said... Reply

assalamualaikum kak..
uishh lauk2 akak ni semua menawan hati. mcm kat restoren restoren. pelik2 pun iye jugak... teruskan memapar menu2 best ye kak.. dan semoga sihat2 selaluu

quinnie said... Reply

salam kak diana...petang baru bertandang..kekeke...berkilat rupa ayam kopi akak...tak pernah makan lagi ayam versi kopi ni...1 time dengar...:)

Naz said... Reply

Diana.. Naz pun tak pernah dgr menu Ayam Kopi ni tp thanks sbb berkongsi resepi.. nanti nak try la bila2.. Cam best jer .. Tq yer award tu.. Ni datang nak angkut award tu la ni..hehehe

Mas said... Reply

first time mas dengar ayam kopi..
boleh try nanti...
sedappnya tengok ayam tu....

ibundo said... Reply

waa.. kopi pun boleh buat lauk..
mesti dicubain ini..

Mamasya said... Reply

Ayam kopi....satu kelainan kopi dicampur dgn lauk ayam tp tengok gambar masakan ayam Diana ni nampak menyelerakan!
semoga Diana cepat sempoh...

nuwairani ismail said... Reply

sedapnya tu ada bau2 sos plum, kuah pekat2 pulak...dapat seketul pon jadi la...

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said... Reply

Salam kenal Diana.Ayam kopi, sesuatu yang agak berlainan ya.Kak Ros suka minum kopi,mayb should try resepi ni jugak.

YANA SHAIFUL said... Reply

Salam K.Diana..

1 lagi menu yg harus dicuba.. berkilauan je ayam tuu.. mst best kan ayam berperisa kopi :=)

Zaliedana said... Reply

Assalam kak diana cayang,akak dah chat ke,kalo xchat agi,bykkan berehat eks..Nmpak merelip berkilat ajer ayam akak,sedap sgt nmpak kak..1st time dengaq letak nescafe,selalu lam kek @biskut ajer..

noorsafone said... Reply

Dian...selalu mama minum kopi...kali ni nak masak ayam kopi pulak..nampak sedap la..

Nieza said... Reply

sedapnya kak...sungguh menyelerakan:)

LAVENDER said... Reply

Diana, sy dh try resepi ni. sedap. tak rasa kopi pun...

tapi, ayam saya tak merah..jadi hitam. agaknya sy pakai sos plum and kicap brand lain? susah nk cari brand Loon Kee. Ada kat mane ye? Sy dh cari kt Jaya Groceries, Tesco, Central and kedai runcit biasa.