Wednesday, August 17, 2011

~ Biskut Nastar / Tart Nenas

Sheery Dream Cakes | 10:27 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dah 17 hari kita d dalam bulan Ramadan... Tak rasa masa tu berlalu begitu cepat sekali kan... Baik ler... Semalam i sempat juga buat Tart Nenas... Buat 1 kg seorang² dari pukul 5 lebih petang semalam... Siapnya pukul 9 pm... Adeeeh!! Penat sesangat... Mula tu niat di hati nak buat Tart gulung.. Tapi tak tau mana perginya menghilang acuan tart nenas gulung tu.. Baru jer nampak hari tu dah tak ada dah.. Huhuuu... Cari punya cari tak jumpa .. buat jer ler macam kat atas tu.. 




Resipi nie memang Diana dah banyak kali buat... Dulu tiap² tahun mesti buat ikut resipi nie... Cuma beberapa tahun lepas memang Diana tak buat biskut raya.. Beli jer.. Jadi tahun nie atas permintaan.. Diana buat juga... Resipi nie memang sedap pada tekak kami sekeluarga dan teman²... Resipi nie Diana ambil dari Buku Koleksi Senirasa Chef Zaidah.... Terima kasih buat Chef Zaidah kerana berkongsi resipi yang sedap nie yer... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer... Terima Kasih… 


~ Biskut Nastar / Tart Nenas


:: Resipi oleh ~ Chef Zaidah _ Koleksi Senirasa ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 500 gm tepung gandum
  • 400 gm mentega
  • 120 gm gula aising
  • 100 gm tepung jagung
  • 75 gm susu tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh vanilla
  • Kuning telur untuk disapu pada biskut

Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ketepikan.
  2. Putar gula aising, mentega, garam serta vanilla kira² 10 - 14 minit. Diana putar pada kelajuan kuat selama 10 minit.
  3. Masukkan campuran tepung dan susu tepung tadi ( no.1 ) dan putar sebati.
  4. Picit adunan menggunakan acuan nastar.
  5. Isikan dengan jem nenas dan gulung dengan kemas.. ( Diana tak gulung )
  6. Sapu adunan dengan kuning telur.
  7. Bakar pada suhu sederhana sehingga biskut masak.. ( Diana bakar pada suhu 150°C selama 15 - 18 minit bergantung pada oven masing² yer ).
  8. Sejukkan sebelum d masukkan ke dalam balang. 



~ JEM NENAS


Bahan-Bahan
  • 3 cawan nenas yang diparut
  • 1 1/2 cawan gula
  • Sedikit pewarna kuning ( Diana tambah )
  • Garam secukup rasa ( Diana tambah )
  • Perasa nenas jika suka ( Diana tak bubuh )

Cara-Cara
  1. Masak kesemua bahan di atas sehingga pekat.
  2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum d imasukkan ke dalam peti ais.
  3. Sedia untuk digunakan.





0 comments: