Tuesday, August 16, 2011

~ Biskut Oreo Black Beauty...

Sheery Dream Cakes | 10:53 AM |


Assalamualaikum dah Salam Sayang...

Hari nie tak nak la banyak membebel kan.. Penat sesangat.. Ni tadi pukul 9pm baru habis buat tart nenas... Mula dari pukul 5 lebih petang ... Buat dalam 1 kg gitu... Seorang² pula tu.. Memang mencabar rasanya... Nasib baik tak buat tart nenas gulung... Kalu tak.. Ntah pukul berapa baru siap kan...


Baik la.. Berbalik kepada Biskut Oreo Black Beauty ni... Biskut ni Diana buat bersama daughter pada Ahad lepas... Daughter yang buat spiral tu... Bermacam² bentuk dan rupa dah daughter buat.. Hehehheee... 


Biskut ni Diana tergoda semasa singgah kat dapur Akak Ita  hari tu.. Tengok biskut yang Akak Ita buat tu memang cantiik sesangat... Suka tengok kejadiannya... Tu yang buat tu...  Buat Akak Ita dan tuan punya resipi .. Terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana kongsikannya kat sini pulaya..


:: Resipi oleh ~ Citarasawan  ( TQ )
:: Sumber ~ Akak Ita @ Masam Manis  ( TQ )

Bahan A
  • 280 gm mentega
  • 200 gm gula castor

Bahan B

  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 30 gm tepung jagung
  • 20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
  • 1/2 sudu teh baking powder

Hiasan

  • Putih telur - ita tak letak _ ( Diana pun tak letak )
  • Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
  • Coklat masakan putih cairkan
  • Croquant - ita tak letak _ ( Diana pun tak letak )

Cara-Cara
  1. Pukul bahan A hingga kembang.
  2. Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
  4. Tekan atas tray hingga habis.
  5. Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  7. Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  8. Paip kan dengan coklat putih.

Cara Ita ( Diana ikut cara Akak Ita )
  1. Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
  2. Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
  3. Susun dalam paper cup dan bakar.
  4. Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..





0 comments: