Monday, August 29, 2011

~ Kek Kukus Nakhoda...

Sheery Dream Cakes | 6:00 AM |


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar hari ni? Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik.. sihat sejahtera... Amin.. Kepada yang hendak balik kampung pada hari ni… Hati-hati tau di jalan raya... Moga perjalanan kalian dilindungi Allah S.W.T.... Yang dah berada di kampung halaman masing-masing tu pasti seronok kan dapat bersama keluarga dan sanak saudara…  

Baik la... Dalam entri kat bawah .. Diana kata ianya adalah entri yang terakhir pada bulan Ramadan ni kan.. Memandangkan ada permintaan untuk resipi Kek Kukus Nakhoda ni..  Diana buat entri ni khas bagi yang ingin mencuba resipi ni ya... :).. Jom tengok resipinya... Selamat Mencuba... ;) 





:: Sumber ~ Makcik Norah  TQ...

Bahan-Bahan
  • 1 tin susu pekat ( 388 gm )
  • 1 tin sederhana kaya ( 300 gm )
  • 1 3/4 cawan tepung gandum  
  • 1 botol kecil horlicks ( 350 gm )
  • 4 sudu makan milo
  • 16 oz mentega _ ( Diana guna SCS )
  • 4 sudu makan browning _ ( Diana lebih kan sedikit )
  • 3/4 cawan gula halus 
  • 8 biji telur

Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus kek. Juga pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain atau aluminium foil supaya air wap tidak menitik di permukaan kek ketika mengukus. Lapkannya setiap 10 minit. 
  2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  3. Kemudian pukul mentega, susu pekat dan kaya sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan telur bersama gula tadi dan pukul lagi.
  5. Setelah itu masukkan horlicks, milo dan browning. Pukul adunan sebati.
  6. Masukkan tepung dan pukul lagi.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci ( jika nak kek nampak tinggi )... atau loyang bersaiz lebih besar sedikit ( jika nak kek nampak sederhana tinggi ) yang telah di lapis dengan aluminium foil.
  8. Kukus kek selama 4- 5 jam.. Diana kukus selama 5 jam di atas api sederhana.  Sebaiknya jangan menggunakan api kuat ketika mengukus kek. Takut nanti permukaan kek akan menggelembung.
  9. Selamat Mencuba.




0 comments: