Thursday, August 18, 2011

~ White Choc & Nuts Cookies...

Sheery Dream Cakes | 8:59 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Ini la pertama kalinya Diana buat biskut ni... Rasanya ok.. tak begitu manis walaupun ada bubuh choc dalam biskut ni...  Tapi ianya terpulang la kepada citarasa masing-masing ya.. Jom kita semak resipinya


:: Bentuk adunan ini dengan menggunakan 2 batang sudu kecil.. Caranya seperti di atas  ::


:: Resipi dari ~ I Can Bake.. Agnes Chang ( TQ )

Bahan-Bahan

A
  • 250 gm mentega / margarine _ ( Diana guna mentega )
  • 120 gm soft brown sugar

B
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla

C ( Di Ayak Bersama )
  • 350 gm tepung gandum
  • 1 tsp bicarbonate of soda
  • 1/4 tsp garam

D
  • 180 gm white choc _ dipotong kecil-kecil
  • 100 gm almond nibs _ ( Diana bubuh 50 gm almond nibs + 50 gm gajus panggang cincang )

Cara-Cara
  1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu ( dipukul sehingga creamy ya lepas tu bubuh sebiji telur lagi dan pukul )
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  4. Masukkan C dan gaul sebati ( gaul sekejap sahaja). Boleh juga gaul guna spatula sahaja.
  5. Masukkan pula D dan gaul mengguna spatula sahaja sehingga sebati.
  6. Bentuk adunan menggunakan 2 batang sudu ( rujuk gambar kat atas ) dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit sehingga biskut masak. 
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk sebelum d simpan di dalam balang.




0 comments: