Saturday, September 24, 2011

~ Kek Kukus Lapis Horlicks Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 4:46 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ni Diana nak kongsikan resipi Kek Kukus Lapis lagi... Sebenarnya kek yang ni bukan la kek pilihan Diana.. Sebab mungkin Diana ni bukan peminat setia horlicks... hiihii... Tapi kalau nak mencuba tu apa salahnya kan.. Jika sudi boleh semak resipinya kat bawah tu ya... ;


Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 1 2/3 cawan mentega
  • 1 2/3 cawan gula halus 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 2 cawan horlicks
  • 240 gm jem buah-buahan
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah jambu dan kuning

Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian :-
  5. ~ 1 bahagian dicampurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.
  6. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu.
  7. Ambil sedikit adunan horlicks. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  8. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan jem. Kukus sehingga adunan kek masak.
  9. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  10. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  11. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis, hendak lah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. Tetapi untuk adunan horlicks nie agak lambat sedikit ianya masak ya. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.
  12. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk ( sebaiknya simpan semalaman sebelum dipotong) .
  13. Masa untuk mengukus kek nie dalam 4 - 5 jam lamanya menggunakan api sederhana. 
  14. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendak lah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih :)





0 comments: