Friday, September 30, 2011

~ Mee Mat Salleh?...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ermmm... Pernah dengar tak Mee Mat Salleh? Bagi sesiapa yang tinggal kat Labuan nie mesti kenal dengan Mee Mat Salleh nie kan... Mee nie d buat oleh Sedap Mee, Peladang Bukit Kuda, W.P.Labuan.. Diana suka sangat makan mee nie... Nak goreng ker.. Nak rebus ker... Nak buat bubur pun sedap... Hari nie Diana buat Mee Goreng Basah cara Diana... Mari kita tengok resipinya.. ( wah.. tak ada idea ler tu kan nak banyak membebel.. heeheee )..


::  Kalau dah masak mee nie pasti Diana tak berhenti mengunyah.. hahha.. kelaut diet d buatnya..  ::

::  Nie ler rupa Mee Mat Salleh tu..  ::

:: Mee nie perlu d rebus dan angkat.. Lepas tu masukkan ke dalam air sejuk sebelum d toskan  ::


Mula² .. tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi. Masukkan udang kering dan goreng seketika.. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing..

Setelah itu.. masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.. Ketepikan sedikit bahan yang telah d tumis tadi dan pecahkan sebiji telur.. Setelah telur separuh masak.. boleh ler d gaul bersama bahan yang d tumis tadi.. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi yer.. Kemudian masukkan bhn²  A dan gaul rata.. biarkan seketika.

Masukkan mee dan gaul ... tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing² ).. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. masukkan daun bawang dan gaul rata.. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce...



~ Mee Mat Salleh Goreng Basah...


Bhn²
1 bungkus Mee Mat Salleh _ d masak seperti arahan pada bungkusan
1 keping dada ayam _ d hiris kecil
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
2 biji telur
3 ulas bawang merah _ d cincang
4 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji bawang besar _ d hiris
1 tbsp cili kering kisar
Lettuce _ d hiris
Daun bawang _ d potong panjang
minyak untuk menumis
Sedikit air


Bhn² A
1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
2 tsp kicap cair Loon Kee
2 tbsp sos manis ABC
1 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp sos tiram Maggi
2 tsp sos pedas berkicap Agro Mas
2 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula jika perlu
Garam secukup rasa


Cara²

  1. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali.. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bawang besar dan tumis lagi hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan goreng seketika.. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing.
  4. Setelah itu.. masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Ketepikan sedikit bahan yang telah d tumis tadi dan pecahkan sebiji telur.. Setelah telur separuh masak.. boleh ler d gaul bersama bahan yang d tumis tadi.. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi lagi.
  6. Masukkan bhn²  A dan gaul rata.. biarkan seketika.
  7. Masukkan mee dan gaul... tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing² ).. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. masukkan daun bawang dan gaul rata.
  8.  Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce.


31 comments:

Zaliedana said... Reply

assalamualaikum akak cayang,mmg nmpak sgt2 mengiurkan lah mee akak ni,siyes nih kak,terliur abis..Akak mee nih mcm spaghetti ke lbh kpda rasa mee kuning..Kat area sini mmg xda mee gini,ke sy yg xpernah nmpk..hehe..

Diana @ Melley Mey said... Reply

zaliedana ~
wsalam ct cayang...
hehhee.. rasanya mmg x der ler ct.. sbb nie keluaran tempatan kat labuan.. x pasti ler plak kan mereka ada pasaran kat sana.. rasanya lebih kpd spghti.. bagi akak ler yer.. n mmg fav akak mee nie ct.. sedap

rahel said... Reply

Diana,pertama kali dengar tajuk ni "mee mat salleh" bila2 klu pi labuan mesti mo cuba jugak.

quinnie said... Reply

jadik org putih lepas makan mee ni ye kak..hehehhe..saje melawak....1 time dengar nama mee nih..rupa macam spageti...saya suka makan mee..tak kisah la cap apa pun...hehhehe...sedap tengok mee akak nih...lamanya tak makan mee goreng...huhuhu

Zack Zachoes said... Reply

mmmm...terliuq tengok gambar meenya kak. sedapnyaaa~

lina said... Reply

salam - Ya ALLAH menarik nya mee goreng tu

nuwairani ismail said... Reply

assalamualaikum kak diana....1sti time dgr mee mat salleh ni...kat sabah takdelah pulak..ala2 spageti gitu...nanti kalau gi sana nak cari jugak lah!

nuwairani ismail said... Reply

ooopppS! terlupa pulak..nanti datang amik award di blog nani ye...

Kak Sam said... Reply

La tadi kat umah mas ada mee mamak, kat sini ada mee mat salleh. Nak kena pi cari mee melayu le pula.

Diana @ Melley Mey said... Reply

rahel ~
hehehhe... mee nie mmg kat labuan jer yg ada kot.. tp perna gak sampai sjung atau sabah... sbb ada peserta home stay yang perna bawa dari cnie ke sana nie...

quinnie ~
hahahaa... jadi mat salleh yer.. hehehe.. wah bertukar warna terus mata hitam kan pas makan mee nie.. ahahahaa... gurau jer.. mmg cara mermasaknya pun sama ngan spghti quinnie.. tu kot sbbnya d beri nama mee mat salleh ek.. pepandai jer akak nie kan.. hahaha :)

zack ~
meh ler dtg cnie akak masakkan yg baru... kita makan sama2 yer zack.. :)

lina ~
hehhe... nak jemput makan dah abis dah.. tp x per diana masakkan yg baru yer.. kita makan sama2.. :)

nuwairani ismail ~
wsalam nani... mee nie buatan tempatan nie nani.. rasanya mmg kat labuan jer ada kan.. tp mmg perna sampai sabah coz perna org bawa dr cnie.. oo yer ker akak dapat award yer.. terima kasih nani.. nnt akak ambik yer cayang..

kak sam ~
hehehhee.... x per sam buat mee melayu plak yer.. hehehehhee.. nak merasa ckit tau.. ;)

EmbunRosaliza said... Reply

Assalam Diana..akk masuk je blog diana ni terus terasa lapar n tertelan air liur, mmg sedap sangat mee mak salleh tu. Gambar pun cantik, mmg sedap la mee tu Diana

Diana @ Melley Mey said... Reply

embunrosaliza ~
wsalam akak..
heehee... terima kasih akak...mee nie kalu ikutkan tekak diana mmg sedap akak.. sbb rasanya seakan spghti gitu... nak masak apa2 ngan mee nie pun bole...:)

Anna Qawina said... Reply

nak mee..nak mee...ni bukak mek salleh nak makan mee..hehe..sedap nih..

Diana @ Melley Mey said... Reply

anna qawina ~
hehehee... ok bole2.. jap yer anna akak masak yg baru... makan masa ianya panas2 baru sedap.. hehehhee

Mieza said... Reply

Assalamualaikum kak diana..lamanya tak bersua..busy weh mieza lately...sedapnya nampak mee akak ni..akak ni kalau masak apa pun sedap! Jeles gitu..selalu nampak sos ni kat kedai tapi tak pernah cuba nak membelinya..lepas ni boleh la beli sos ni dan cuba mee goreng ni :)

Sharifah Nadzarah said... Reply

salam diana--
nampak sedap mee tu...
minta izin cnp resepi & gambo mee mat salleh tu yek..nak suh uncle kite kat sabah carikan & pos ke jb hihihihi...
tq

Oh Oeya said... Reply

Wah! Pagi ni, pagi mee hihi..
Mas tayang Mee Goreng Mamak..
Diana tayang Mee Mat Salleh Goreng Basah..
Ingatkan Mee omputih kui3..
Nampak sedap mee ni Diana.. makan panas2 ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Reply

salam Diana.lapar lak tgk mee mat salleh nie.Bestnya ada keluaran tempatan mee sebegini.kat labuan jer ada jual ke?
Terima kasih atas wish tuk adik ya..

Ayu said... Reply

Assalam diana,
waduh baru balik dari rumah ada mee mamak kat sini ada mee mat sallehpulak ya..nampak sunnguh menyelerakan lah..mee mat salih ni macam spaghetti tu ya diana..

kzai said... Reply

salam diana
akak x pernah jumpa jenama mee mt saleh ni..ada jumpa tp jenama lain..npk sedap sgt..yum yummm

quinnie said... Reply

kakdiana...saya ada kasi award kat akak...tiada paksaan....kalau rajin angkut la ye dari rumah saya....:)

Nurul said... Reply

Assalam, K Diana...
Nampak menyelerakan mee mat salleh tu... Ingat spagheti tadi, rupanya mee tu namanya mee mat salleh..

* ramai plak yang bg award kat K Diana termasuk Nurul.. Nanti singgah amik award yer... ;)

Mamasya said... Reply

Aslmkum Diana...

ingatkan camna rupa mee mat saleh... rupanya mee lidi.dah jadi mee goreng diana...nampak menyelerakan. masa dok Brunei akak selalu masak mee ni sbb byk kedai yg ada jual di sana tp brand lain.

Sha HomeMade Cake n Choc said... Reply

errrmmm...nampak sedaplah mee tuu.. diana, basah2 gitew ...fav Sha niii

Ummi said... Reply

Assalamualaikum Diana cuuun...hehehe, waaaa mee mat saleh eh...ni ala2 mee lidi/mee batang tu ker? tengok mcm sama, tp x serupa la kot...hehee...sedap nmpak basah2 tu..telan air liur jek la akak..huhuu

izahdaut said... Reply

mcm mee lidi ke kak.. apa pun mmg nampak sangattttt menyelerakan... sedap basah2 tu

ady said... Reply

as-salam diana
Wah sedapnye....mee mat salleh goreng basah!!sungguh meyelerakan..

Cheq Sue said... Reply

eh...tak pernah nampak pulak mee kering camni kak...macam spagetti ala malaysia pulak

Lynn said... Reply

Hi there! We are students from UMSKAL and is doing a project on promoting sedap mee! Can we have your permission to use ur recipe and photos? we will credit you for it!

hanz97 said... Reply

wah...sdap nie....tenqz 4 info...snang la ckit nk bway kjian skolah tntg produk tmpatan.....

mamat rock said... Reply

Diana,apa nama penerbit buku Sky Blue's Kitchen,tarikh buku diterbitkan dan halaman muka surat yang ada di buku??? tolong cepat sikit???