Monday, September 26, 2011

~ Menu Sarapan Pagi Tadi...

Diana @ Melley Mey | 6:39 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Ermm... Hari nie Diana agak sibuk sedikit... Petang nie baru ada kesempatan jenguk blog.. Maaf sesangat... Baik ler... Sebenarnya Nasi Goreng kat atas tu menu sarapan kami pagi tadi... Dah petang nie baru nak update kan.. Heeheee... Boleh ler kan... ;)


~ Nasi Goreng Ayam dan Makanan Laut...

Bhn²
650 gm nasi sejuk
3 ulas bawang merah _ cincang
4 ulas bawang putih _ cincang
1/2 biji bawang besar _ hiris
1/2 tbsp serai cincang
1 biji cili merah _ d cincang
1/2 biji lobak merah _ d potong dadu kecil
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
1 ketul peha ayam _ d ambil isinya sahaja _ d potong kecil²
100 gm udang bersaiz kecil
1/2 tin kerang panggang REX
2 biji telur
1/2 - 1 tsp serbuk cili
2 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1/2 tbsp kicap cair Loon Kee

Bhn² Perap Untuk Ayam
1/4 tsp serbuk lada putih
1 tsp minyak bijan
1/2 tsp kicap cair Loon Kee
Garam
Gula

Bhn² Perap Untuk Udang
1/4 tsp serbuk lada putih
1 tsp minyak bijan

Cara²
  1. Perapkan ayam bersama bhn² perap untuk ayam selama 20 minit.
  2. Perapkan juga udang bersama bhn² perap untuk udang selama 20 minit.
  3. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  4. Masukkan bawang besar dan serai.. tumis lagi sehingga wangi.
  5. Kemudian masukkan udang kering, serbuk cili dan sedikit gula jika suka.. Tumis sehingga garing.
  6. Masukkan lobak merah dan masak seketika.
  7. Masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  8. Setelah itu .. boleh ler d masukkan cili merah, kerang dan udang.. Gaul rata.
  9. Ketepikan sedikit bahan yang d tumis tadi dan pecahkan telur satu persatu seperti kat  SINI yer.. Kemudian gaul rata.
  10. Tambahkan kicap cair, perencah pati ikan bilis, perencah pati ayam dan garam secukup rasa.
  11. Masukkan nasi dan gaul rata.
  12. Sesuaikan rasa dan angkat.
  13. Hidang.





4 comments:

Cheq Sue said... Reply

sedapnya nampak nasi tu kak...
ape bende sebelah nasi tu kak? sy nampak macam kulit limau aje...

nuwairani ismail said... Reply

assalamualaikum kak diana...memang spesel nasi gorengnya ni...siap ayam n udang diperap2 lagi...

tun_telani said... Reply

salam kak diana... special nyer nasi goreng ye.. siap perap ayam lagi..
eh, sama lak dgn komen nani.. hihi..

ady said... Reply

as-salam diana
bestnye nasi goreng diana ni..ala2 nasi goreng seafood..specialnye nasi goreng diana ni ayam tu di perap..ada lagi tak nasi goreng tu...