Sunday, September 4, 2011

~ Menu Sarapan Semalam.. Ayam Ros Pandan...

Diana @ Melley Mey | 12:22 PM | | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Hari nie dah Raya ke 6 dah yer... Masih lagi ramai yang buat rumah terbuka kan... Jemputan pun masih banyak lagi dalam senarai... Semalam kami ada tertinggal 1 jemputan... Huhuuu... Ampun sesangat... Ingatkan hari nie.. Rupanya semalam dah.. Tak sengaja tau... Huhuu.. Insyaallah tahun depan kalu panjang umur kami akan pergi yer... Ampun sekali lagi ... 


Macam mana dengan suasana hari raya kat tempat anda semua? Pasti sungguh meriahkan.. Rasanya hari nie dah ramai yang dah balik dari kampung.. Jadi berhati² kat jalan raya tau... Yang dah sampai kat rumah tu... Pasti penatkan... :). Banyakkan berehat tau... Ermm.. Semalam Diana buat sarapan agak berat sikit... Hehehee.. Maklum ler dah rindu sesangat nak memasak... cuti memasak sebulan kan bulan puasa tu... Lepas tu masak ketika buat rumah terbuka raya pertama tu... Sambung lagi cuti... Heehee.. Semalam buat juga sebab dah teringin nak memasak sesangat... Diana masak nasi Lobak Merah, Nasi Ayam, Ayam Ros Pandan, Sayur dan juga Telur Mata Lembu... Seronok rasanya memasak semula... ;)


Baik ler... Jom kita semak resipi Ayam Ros Pandan dari dapur Che Mat Gebu yang sangat sedaaaaap nie... Memang dah ramai dah mencuba resipi nie kan... Ingat nak masak sekali lagi semasa buat rumah terbuka kali kedua nanti... Insyaallah...  Buat Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikan resipi nie kat sini pula yer.. Terima kasih Che Mat Gebu.. Muahsss  

~ Ayam Ros Pandan...

:: Resipi oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )

Bhn²
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Bhn² D Kisar Halus
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Cara²

  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal² ( lembap² jangan garing sangat ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

::  Nasi Lobak Merah ~ Klik SINI untuk resipinya  ::


::  Masak Sayur juga  ::



8 comments:

Cheq Sue said... Reply

slmt hari raya kak diana...selamat kembali ke dapur jugak... aiiiiii macam nak lepaskan geram aje, maklumlah dah lama bercuti...

Diana @ Melley Mey said... Reply

cheq sue ~
selamat hari raya juga buat cheq sue.. hehehheee... rindu sgt nak memasak.. hehehhehehe ^_^

K.Nor said... Reply

slmt hari raya diana yg sentiasa cun :)

wahh pagi2 dah makan menu berat ya.. rajin betul .. ehh dah start masak balik ya.. cuti dah abis kan :)

Amie said... Reply

Assalamualaikum Diana cayangggg....
selamat kembali ke dapur.... tentu seronok beraya kali ini ye...tadi kakak terbang je atas Labuan, tak sempat singgah beraya rumah Diana.. he hehehhh

Deliah's Deli said... Reply

berkenan tgk sayur suhun tu...slurrppp,yum yumm. :)

Juwita Jamaludin said... Reply

salam kak diana.. sedapnya nampak menu tu.. ayam tu warnanya memikat betul tambah dengan nasi tu kena betul.. makan berpinggan pun tak ingat.. hihihih

tun_telani said... Reply

selamat hari raya kak diana.. raya2 ni tun x sempat nk amik gambo. hihi..

quinnie said... Reply

kakdiana..dah start masak2 balik ye...hehhehe..memang rindu kalau dah lama tak makan masakan sendiri...hehhehe.seronoknya gi beraya openhouse..saya kalau pegi suka tengok org duk hidang menu apa..kekekek