Tuesday, September 20, 2011

~ Resipi Kek Kukus Lapis Sheery...

Sheery Dream Cakes | 11:35 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .... 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik.. Sihat sejahtera hendaknya... Amin... Hari ni cuaca kat sini pun begitu baik sekali... Terbit saja matahari... Terus tengok pemandangan kat luar rumah... Terasa damai bila terpandang bebunga kat mini taman depan rumah Diana tu mekar ditemani sang serangga sambil dibasahi embun pagi.... Begitu indah sekali ciptaan Allah S.W.T.... 

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi kek kukus pula untuk entri kali ini...

::  Suka tengok bebunga tu mekar... :)  ::


KEK KUKUS LAPIS SHEERY


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur
  • 400 gm mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 375 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • 2 cawan biskut marie kisar 
  • 225 gm seri kaya
  • 100 gm haw flakes kisar
  • 100 gm kismis kisar
  • 3/4 cawan Nestle nestum cerelac _ gandum & madu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah dan perang


Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis, seri kaya dan esen vanilla. Pukul lagi sebati.
  4. Setelah itu masukkan biskut marie kisar dan nestum. Pukul sehingga adunan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. ~ 1 bahagian dicampurkan haw flakes kisar dan pewarna merah.
  7. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan kismis kisar dan pewarna perang.
  8. Ambik sedikit adunan haw flakes dan pewarna perang. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan kismis dan pewarna perang. Kukus sehingga adunan kek masak.
  10. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. 
  13. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman barulah dipotong.
  14. Masa untuk mengukus kek nie dalam 2 1/2 jam lamanya menggunakan api sederhana.. 
  15. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala.


Bagi sesiapa yang dah biasa makan kek kukus lapis kat Labuan.. Pasti mereka akan tau yang kek kukus lapis tu agak kelihatan berminyak sedikit kan.. Tapi jika tak suka.. Boleh kurangkan kuantiti menteganya sedikit ya. :) 



18 comments:

Liza said... Reply

sedap nmpk kek lapis ni, buat pun nmpk cam senang coz semua bhn main kisar je kan...tp bab melapis tu yg kena bnyak sabor...hihihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana, kek nampak sungguh lembab ya.Tak sangka warna coklat dan pink pun boleh jadi gabungan warna yang cantik.

..::tarabozu::.. said... Reply

slm diana..
cantek pic dan nampak sodap.. harus dicuba ni..

kzai said... Reply

diana..mmg npk kesedapan kek lapis ni..lembab2 gitew...

Chik Mimi said... Reply

Assalam Diana ,wahcantiknya kek tu berposing dengan bunga2 ditaman:)
nampak sedapp

Ida,Japan said... Reply

rajinnyer k'diana...melapis lagi...bila la nk dgt seru ni

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Di...Amboiiih, pepagi lagi keknya dah kena posing kat taman....Lepas posing, apa lagi..Ngap lah buat bekpes...eemmmmm

tun_telani said... Reply

wahh.. rajinnyer laa akak ku sorang nii.. tun kalau xde function mmg xkan saja2 melapis kek nih.. xcukup sabar. hehe..

Lieya said... Reply

Uiii yummy....

Cheq Sue said... Reply

kak...kalau saya x nengok gambar...mesti saya kata ni kuih lapis.... macam tu ye rupanya kek lapis labuah, macam padat je tgk..

Deliah's Deli said... Reply

kek lapis diana nampak amat sedap lebih2 lg dihiasi bunga2 kuning tu..susah nk jumpa kat tmpat sy bunga ni..agaknya sebab habis dimesin.:(

dZana said... Reply

aslmkum D.. cantiknya kek lapis ni.. akk pun cam dah kemaruk nk melapis.. huuu.. bekenan kek lapis nescafe D tu..

Yana Shaiful said... Reply

Salam Kak Diana..cantik sgh kejadian kek lapis ni..dr semalam lg yana tgu nk tgk hasilnya hehee..bahan nmpk senang je tp nak mengukusnya yg sdkt males..kn tgu damia besar dulu laa br bleh bt kek ni hikhik...

Amie said... Reply

Diana cayanggggg.....rasa nak berguling-guling atas rumput nan hijau ditaburi bunga-bungaan mekar kekuningan....adehhh dah keluarlah ayat-ayat cinta.... he hehehh,

bila nampak warna alam, terlupa pulak ada kek di atasnya....jom Diana, kita makan kek tu sambil lepak atas 'permaidani'... dengan cahaya mentari pagi yang membekalkan vitamin D...h hiiiiihii

nuwairani ismail said... Reply

aduih! awal2 pagi dh posingkan kek lapis di dalam bunga-bungaan.....nampak sedap kek ni... dah lama tak melapis...teringin pulak.

Juwita Jamaludin said... Reply

kak diana. lawanya taman akak ada bunga2 macam ni... tumbuh melata je ye.. sesuai amik gambar nikak.. cantik

Oh Oeya said... Reply

Wah! Resepi baru!
Aduh.. macam-macam kek lapis Diana post.. kecur je tau.. post JB boleh? Account pls heheh..

Zaliedana said... Reply

Assalam kak diana cayang,kek lapis cantik ajer layernya,dah la posing sakan kat taman,nmpk sedap kak,tapi tuh la bagai dikata,nak melapis tuh yg malas..