Tuesday, October 25, 2011

~ Asam Pedas Ikan...

Diana @ Melley Mey | 11:15 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Entri kali nie pula berkaitan ikan.. Diana masak Asam Pedas Ikan nie 6 hari yang lepas.. Kami makan bersama Ambuyat ( Resipi nie biasanya kami buat untuk makan dengan Ambuyat ).. Memang best ler makan dengan Ambuyat... Heeheee... ( Sia²pun eh nya orang sini kan.. karang kempunan pulang eh.. :D ).. Tapi kalau nak makan dengan nasi putih pun ok juga.. Terpulang ler dengan selera masing² kan... Lain orang.. lain pula seleranya kan.. ;).. Baik ler.. Mari kita tengok resipinya...

Bhn²
1 kg ikan _ d potong kecil
35 gm asam jawa + sedikit air ( ambil airnya sahaja_ boleh d tambah atau d kurangkan mengikut selera masing² ) 
2 tbsp cili kering kisar
Sedikit daun limau purut
Gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Bhn² Kisar
3 batang serai
4 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 inci lengkuas
2.5 inci kunyit hidup
5 biji buah keras
3 biji cili merah
1 tbsp belacan

Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn² kisar bersama cili kering kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan daun limau purut, air asam jawa dan gula melaka.. Gaul dan tambahkan sedikit air dan garam secukup rasa.
  3. Setelah mendidih.. masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak.
  4. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  5. Angkat dan hidang.




4 comments:

nuwairani ismail said... Reply

assalamualaikum kak diana...lama tak dengar kabar berita...nani pernah makan ambuyat. kawan orang bugis yang masakkan. tapii kami makan dengan kuah sardin yang dimasukkan sekali sayur bayam. mula2 makan rasa macam pelik. lama2 sedap pulak. kalau kuah tu masam2, pedas, memang sedap!

Diana @ Melley Mey said... Reply

nuwairani ismail ~
wsalam nani... ari tu akak kurang sihat + lg sibuk memanjang... n nie pun kena ambik cuti berblog.. :D. pasti rindu kat nani n semua org nnt kan.. wpun hanya bbrpa ari cuti tu.. ermm.. ambuyat nani perna makan yer.. akak pun dulu x reti sebenarnya tp bla dah mengidam tu.. terus pandai makan ambuyat smpi skg.. sedap kan.. a'aa kena makan ngan menu masam2 .. pedas2 n sambal udang kering belacan mesti ada.. baru best! hehhee

ady said... Reply

as-salam diana
sedap asam pedas ni pagi2 cicah dengan roti ..

mysweeticing said... Reply

Hmmm.... Tais liur tia pulang kan makan ambuyat.... Di KL ani mana tah kan lurih ambuyat... Huhu.... T'paksa tah nunggu cuti thn dpn baru tah dpt mulih ke Labuan.... ;-)