Tuesday, October 25, 2011

~ Ayam Sos Siam.. Sampai Jumpa Lagi...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Entri nie merupakan entri terakhir untuk minggu nie.. Sebelum Diana berehat untuk beberapa hari nanti.. Diana ada tinggalkan beberapa entri ( Kek Karemel Versi 2Asam Pedas IkanAyam Kicap Berlada Hitam dan Ayam Sos Siam ) untuk anda semua... Untuk resipi Ayam Sos Siam nie Diana ambil dari dapur Akak Ummi.. Resipi yang simple namun sangat sedap.. Diana dah buat untuk kali ke dua dah nie.. Nie salah satu menu kami malam nie tadi... Sedap!

::  Nie Diana masak pada pertama kali.. Guna dada ayam ::

Gambar kat atas nie pula Diana masak pada hari yang sama dengan tarikh Akak Ummi kongsikan resipi nie kat dapur akak ummi.. Heehee.. Memang terliur tengok masa tu walaupun hanya tengok dari BB jer.. Terus salin dan masak pada hari tu juga... :). Cuma masa tu Diana guna dada ayam.. Hari nie pula Diana guna seekor ayam.

::  Nie pula yang Diana guna seekor ayam  ::

Terima kasih kat Akak Ummi Cayang kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Hari nie Diana masak lagi atas permintaan ahli keluarga Diana.. ternyata memang ngam dengan selera kami sekeluarga.. Sedap sesangat!!. Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak.. Terima Kasih.. Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )


Bahan² (anggaran )
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus ( kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la ) _ Diana bubuh dua²nya sekali
Sedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit


Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek )
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!




20 comments:

Chah said... Reply

ala... Diana nak kemana pulak tu...sunyilah bila sorang takde yang masak mengancam mcm ni bila Diana berpergian tu...rasa nk jilat je pinggan nengok ayam tu...:)

Diana @ Melley Mey said... Reply

chah ~
heehee... ada urusan sedikit kena d buat.. diana cuti x lama.. nxt wk diana akan bersiaran kembali.. InsyaAllah... :)

Sari Yusa Ibrahim said... Reply

Mesti betul punya sedap smpi dua kali D, msk ni

Anna Qawina said... Reply

Kak Diana..sihat dah ke? bnyk2kan rehat yer..nak g cuti2 Malaysia ke..hehe

Diana @ Melley Mey said... Reply

sari yusa ibrahim ~
heehee.. mmg sedap resipi akak ummi nie .. ;)

anna qawina ~
Alhamdulillah... terima kasih anna... akak kena bercuti kejap anna.. ada urusan sedikit.. ;)

Wani said... Reply

salam.. sedapnya ayam ni ..dengar je terus datang .. hihi

Diana @ Melley Mey said... Reply

wani ~
heeheehee.. mmg berbaloi mencuba resipi nie.. sedaap!

Yana Shaiful said... Reply

sedapnya..ari tu dh tergoda kat umah Kak Ummi..
Akak jgn cuti lama2 tau..nnt merindu pula kami2 ini :=)

ain sweet thots said... Reply

wah, kalau diana dh smpi 3xbuat ni, akak pon nk kena cuba gak la ni. selamat brcuti ye ;)

ady said... Reply

as-salam diana
peeeerrggghhh..look delicious..i like this..copy 1st the resepi..

quinnie said... Reply

selamat bercuti kak diana..hehehe..

tak tau bila nak cuba resepi ni..duk tengok org buat je...:)

Naz / Nadz COSK said... Reply

Assallamualaikum Diana..
Wah nak berehat dan bercuti yer.. Anyway, gambar2 yg sungguh menggoda..

tun_telani said... Reply

kak diana cayang. sedap nmpk lauk tu. nnti tun nk cuba jugak lah..

semoga urusan akak berjalan lancar..

Amie said... Reply

kemana nakpergi Diana... apapun selamat berurusan hingga selesai ye... jangan lama-lamalpergi ye Diana,
meriahkan kembali dunia masakan yang tiada sempadan ini ye Diana, sedaplah melihat lauk ayam tu...meleleh liur dah ni...

E-na Lovely Kitchen said... Reply

moga segala urusan akak dipermudahkan...mmg sungguh menyelerakan ayam sos siam akak tu...cantik sekali phottonya!

Mieza said... Reply

kalau kak diana dah kata sedap tu kompom lah sedap..mieza kena cuba juga..kak diana nak gi mana tu? semoga selamat segala urusan..

Juwita Jamaludin said... Reply

selamat bercuti kak.. sedapnya ayam ni.. tgk ramai dah cuba dah

Mamasya said... Reply

Aslmkum Diana.slmt bercuti....
menarik menu Ayam Siam...patutlah dah 2 kali Diana masak...

Ida,Japan said... Reply

selesai tugas k'diana mks2 lagi k...sedap la ayam sos siam ni nmpk ...see u sis

Gee® said... Reply

rindunya kat Diana... lebih2 lagi menu masakan yg sedap2 tuh...