Monday, October 3, 2011

~ Bergedil Ayam...

Sheery Dream Cakes | 1:44 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ini nak kongsikan resipi Bergedil Ayam yang Diana ambil dari resipi Bergedil Daging yang sesangat sedap tu... Memang sedap sangat .. Sebenarnya memang dah lama tergoda oleh bergedil daging ni.. Dah ramai dah buat Bergedil Daging ni kan... Terima kasih kepada empunya resipi kerana berkongsi resipi yang sedap ni.. Dan kat Mas  juga kerana mengetengahkan resipi ni... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya.. Owh ya… Ianya lebih sedap dimakan bersama soto makasar ni… Jom tengok resipinya..



~ Bergedil Daging / Ayam...

:: Resipi oleh ~ DianaA @ My Resipi ( TQ )
:: Sumber dari ~ Mas @ Duniaku ( TQ )

Bahan-Bahan  ( 30 biji bergedil )
  • 1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
  • 300 gram daging cincang _ ( Diana guna ayam )
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • Secekak daun sup -  dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • Sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah _ ( Diana pun bubuh )
  • Garam secukup rasa

Cara²
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas².
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...





0 comments: