Tuesday, October 18, 2011

~ Kek Batik Coklat...

Sheery Dream Cakes | 10:12 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya masa singgah kat dapur Izah hari tu.. Memang Diana tergoda tengok Kek Batik Coklat nie.. Memang nampak sedap sangat.. Terima kasih buat Izah & Mylla kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya.. 

Kepada sesiapa yang belum mencubanyanya tu bolehlah cuba ya.. Resipinya ada di bawah..



::  Mula² cairkan mentega di dalam kuali... Masukkan susu pekat manis dan milo sedikit demi sedikit.. kacau sehingga sebati dan milo hancur..  ::


::  Setelah itu masukkan serbuk koko.. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul.. :: 


::  Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.. Susun lagi biskut marie dan lapis lagi dengan adunan coklat.. Buat begini sehingga adunan habis  ::




:: Resipi Oleh ~ Mylla @ My Resipi ( TQ )

Bahan-Bahan ( 1 kg )
  • 200gm milo
  • 250gm mentega
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Biskut meri secukupnya

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang kecil sekali.
  3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur.
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.
  5. Setelah pekat, boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis.
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  9. Potong dan siap untuk dihidangkan. 







0 comments: