Tuesday, October 25, 2011

~ Kek Karemel Versi 2...

Diana @ Melley Mey | 11:04 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bertemu kembali semua.. Ok kali nie Diana nak kongsikan resipi Caramel Cake Versi Anna Qawina Cayang.. Kali nie pun memang susah nak dapatkan gambar yang elok.. Setiap hari hujan dan mendung.. Tapi tak apa ler kan... ;). Ermmm... Sebenarnya nie adalah kali kedua Diana buat caramel cake versi Anna nie.. Memang sedap.. dan untuk kali ke 5 buat pada keseluruhannya bila d campur dengan Versi yang Diana ambil dari dapur Akak Ita.. Kedua² resipi nie memang sedap.. Bezanya Versi 1 tak menggunakan susu pekat.. Versi Anna nie pula menggunakan susu pekat dan karemelnya tu agak tebal sedikit.. Tu jer perbezaannya.. Rasanya dua² sedap bagi Diana... :).. Izinkan akak kongsikannya kat sini yer Anna... Terima kasih.. Muahssss 


:: Resipi Asal Oleh ~ Munirah Baharum ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Anna Qawina @ Anna Qaseh-AzZahra ( TQ )


Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula ( untuk buat gula hangus )
  1. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang ).
  2. Ketepikan dulu ( gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu ).
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( putih & kuning )
(C) - Lapisan Kek 
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis ( Ana tambah ) _ Diana tak bubuh
(D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara²
  1. Sediakan bahan ( A ) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn ( B ) perlahan²... jangan bagi berbuih²... nanti tak jadi karamelnye...
  3. Tapis bahan ( B ) tadi dalam loyang gula hangus ( A ) tadi.. ketepikan.
  4. Pukul bahan ( C ) *Ana guna senduk je.. ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn ( D ) sampai jadi kembang & bila kita angkat dia tak jatuh...( meringue )
  6. Campurkan adunan ( C ) + ( D ) dan gaul dengan senduk hingga sebati.. jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna dan paste kalau nak..
  8. Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus & keremel tadi ( A + B )..s elang seli warna, letak ditengah² loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175°C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160°C / 170°C sahaja, ( bergantung kpd oven masing-masing juga ya )
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit.
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi... masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu makan sejuk². Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.

6 comments:

Anna Qawina said... Reply

aslmkm kak Diana..aduhaii...tak nampak lak n3 akak ni..hehe..sibuk sikit..t.kasih cuba rsp ni..huhu...5 kali dah yer..puas anak makan yer...tq kak..:))

Diana @ Melley Mey said... Reply

wsalam anna...
sama2 anna.. mmg best resipi kek karemel nie.. anak2 suka sgt makan... tu yg buat smpi 5 kali tu.. hehehee

Nieza said... Reply

wah kak diana, cantik dan semestinya sedap.hmmm...dah kali ke-5 dah akak buat...bestla kalau ada org nk mkn tu kan.:)

ady said... Reply

as-salam diana
cantik kek karamel tu diana..wahh..diana dah buat kali ke 5 kek ni..best kek ni mkn sejuk2..

quinnie said... Reply

lain kali nak cuba la versi anna ni pulak...teringin nak makan karamel yg tebal..:)

lina said... Reply

salam diana - lina pun dh cuba buat new version ni pudding yg tebal drp blog sasha kali terakhir lina buat tambah 5 biji telur merah + dua biji telur...mmg sama tp ketebalan pudding nya ttp sedap kan.