Assalamualaikum ... Bertemu kembali... Sekejap lagi nak pukul 11 am kan.. Jadi masa tu ler Diana terpaksa minta diri... Terpaksa ler offline dulu.. Minggu nie merupakan minggu yang sibuk bagi Diana... Jadi ada sedikit masa lagi nie.. Diana kongsikan lagi 1 entri yer.. InsyaAllah dah selesai kerja yang perlu d selesaikan nanti baru Diana online balik... :)
Kepada sesiapa yang hadir semasa open house pertama Diana pada raya tahun nie... Pasti kenal kan menu kat atas nie.. Semalam Diana masak lagi d atas permintaan Irfan dan hubby... Dulu ada juga Diana kongsikannya kat sini.. Cuma bahan yang d gunakan ada berlainan sedikit.. Nak tengok versi lepas klik kat SINI yer.. Versi kali nie pula Diana kongsikan versi menggunakan bahan yang simple jer.. Jom selongkar resipinya.. :)
:: Nie ler antara bahan yang d perlukan.. Cuma mayonis ketinggalan masa ambil gambar nie.. Lupa letak.. Huhuu ::
Bhn²
1 bungkus Ayamas Koktel Sosej Ayam Berkeju ( 500 gm )
Air secukupnya untuk merebus
Mayonis secukupnya
Bhn² A
3 1/2 tbsp sos lada hitam Life
3 tbsp sos cili maggi
1 tbsp sos pedas berkicap Agro Mas
Gula secukup rasa
Secubit garam
Sedikit air
Cara²
- Rebus sosej bersama air secukupnya hingga sosej masak.
- Angkat dan toskan.
- Potong sosej kepada 2 atau nak biarkannya macam tu jer pun boleh.. Ketepikan.
- Masukkan kesemua bhn² A ke dalam periuk.. Masak sehingga mendidih dan masukkan sosej tadi.
- Gaul rata dan angkat.
- Picitkan mayo d atas sosej tadi semasa menghidang.




17 comments:
As salam Diana.
Selamat pagi..
Senang npk resepi ni dan akan buat orang selera :)
take note dah resepi ni diana..insyaAllah nak buat bila anak2 buah dok berkumpul nanti.mesti diorang suka kan?
Assalamualaikum Kak Diana..Wahhh..main ratah-ratah ni sedap lagi2 ada rasa lemak2 mayonis...
nampak sedap & menarik..
mesti cuba ni...
hidangan tetamu yg lain dari lainkan??
good idea...hihihi
Kak Diana, tergoda saya tengok resepi ni. Nampak lazatttttt
bebudak mesti suka ni...cuma nk kurangkn pedas lakut ye kak
masuk list dah...mesti anak2 suka bila mama masak resepi ni,tengok pun dh terliur.
kak d...kalau camni kan makan dengan roti pun sedap...macam roti sosej tu... mmmmm sedapnya
nmpk sedap tu kak.. nnti tun nk try cari sos pedas tu ada x kat sini. x perasan pulak sblm ni.
Ya Allah mengiurkan sungguh le gambo ni
sedapnye kak diana!!!!
mie kalau bab2 sosej ni mmgxleh tahan...
mmg hadap sorang je la kalau dpt nih,hehhehehe....
nampak simple & menyelerakan... walla!!
mesti sedap ni... kalau anak akak yg besar sahih suka.. tp yg dua beradik tu tak tahan mkn pedas2 lg.. hihi.. nnt bebila boleh try.. tp sos pedas agromas tu tak jumpa cari pulak la.. haritu buat mee grg tu pun tak dpt nak letak sbb takde stok..
erm...kalo x guna sos lada hitam, tapi timbuk2, lada hitam pon boleh kot kan? suke2 ati je nak derhaka depan tuannya...hihih...sosej ada, sos lada hitam dengan sos pedas yg xde...
perh..sedapnya kak...
terliur mas tengok..
errrkk bestnya kakdiana....sempoi je....tak dek sosej lak kat umah...huhuhu
Salam Kak Diana cayang..rs nk amek je sosej comel tuu..sedap..feberet kat umah nii..:=)
Post a Comment