Sunday, October 16, 2011

~ Yorkshire Puddings Versi 2...

Diana @ Melley Mey | 5:33 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Petang nie tak ada idea nak story... tak apa ler kan.. Kita terus jer ler cerita kisah gambar kat atas nie... Yorkshire Puddings nie Diana dah buat sehari sebelum  buat Yorkshire Pudding dengan Ayam Berkeju tu lagi.... masa tu Irfan nak makan bersama jem jer... Irfan memang suka makan Yorkshire Puddings sebenarnya... 


Resipi yang nie pula Diana ambil dari dapur Akak Ros.. Terima kasih akak kerana berkongsi resipi nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer akak... Terima kasih... Muahssss 


:: Resipi Dari ~ Akak Ros @ SinaranMenu ( TQ )

Bhn²
*170 grm tepung gandum
* 180 ml susu segar
* 120 ml air biasa
* 2 biji telur
* Secubit garam
* Minyak masak secukupnya


Cara²
  1. Pukul telur sekejap , masukkan susu dan air.. pukul lagi dalam 2/3 minit.
  2. Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah. Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.
  3. Panaskan oven dgn kepanasan 220°C. Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin. Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
  4. Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
  5. Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
  6. Angkat dan sejukkan. Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.


18 comments:

Liza said... Reply

salam D...cmner rasa dia?xpernah mkn laa bnda cmni...jakun...hihihi

tun_telani said... Reply

kak diana cayang.. ish ish.. tu sape sepah2kan jem tuu? irfan ye mkn sepah2.. hihi.. dh ada versi 2 ye. yg aritu pun xtry lagi, hihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam diana .Wah cantik diana buat yorkshire pudding ni.Makan dgn jam dan minum kopi memang sedap la.Kak pun rasa nak gi buat ni.

Amie said... Reply

selamat petang Diana,
Irfan suka ye....Kak Amie laaaaagiiii suka.... tapau seketul ye Diana, tertinggal flight ni...

izahdaut said... Reply

lembut2 lembik ke rasa dia kak diana? ke mcm muffin ? haiishh nampaks edap tu

noorsafone said... Reply

Wah..puding nama omputih la Diana,mama tak penah mkn ni..camane rasa dia diana?

Cheq Sue said... Reply

kak...saya pernah jugak 2 3 kali tgk kat tv, x berminyak ke rasanya?

IXORAROXI said... Reply

Salam Diana,ini menu berprofil tinggi..macam saya ni yang cuma pandai masak campak lebur memang tak pandailerr..cantik, pandai masak, Diana punya pakej istimewa seorang wanita

Yana Shaiful said... Reply

Salam Kak Diana..yana slalu jgk tgk kat chanel AFC bt pudding ni..nmpk cam sedap jee..nnt lah nk try bt :=)

*~ UmmuHusna ~* said... Reply

Assalamualaikum...waaahhh..sedapnyeeerrr...nti nak cuba la..hihi

quinnie said... Reply

kak diana cantik nya yorkshire pudding akak..saya punya nasib tak hangus...hahahhaha...YP ni selagi saya tak buat asyik duk teringat je..lepas dah makan..sampai hari ni teringat lagi kesedapannya sampai makcik suh buat lagi..dah geng ngan irfan lak..hahhaha..tapi memang best la cicah ngan jem....yummyyy!!!

Chah said... Reply

mey comey, nampak teksturnya cam cream puff versi lembut. lemak2..makan ngan kaya & custard..wahh!

Mieza said... Reply

kak diana ada lg tak puding ni? sebab mieza lapar belum bekpes lagi..sedap je nampak di sapu dgn jem strawberry tu..terliur wehhhh

ady said... Reply

as-salam diana
ni yang buat lagi teruja nak mencuba ni..npk sedap yorkshire puddings ni...

cik cek said... Reply

kak cek nak seketul...cam sedap je ni...:D

nuwairani ismail said... Reply

teringin nak rasa jugak kesedapan puding ni...bahan2 semua dah ada di rumah ni...tengok la esok lusa rasa nak buat juga ni...

rahel said... Reply

Selamat malam Diana,
macam best je puding tu,apa mcm rasa dia ya..belum pernah mkn benda ni..

** ZEL ** said... Reply

Esselamü aleyküm..
Yemekleriniz çok nefisler..
Ellerinize sağlık..
Sevgilerimle..