Tuesday, October 18, 2011

~ Yorkshire Puddings Versi 3 & Salad udang...

Sheery Dream Cakes | 1:00 PM | |
Assalamualaikum dan bertemu kembali.... 

Pertama sekali Diana mohon ampun dan maaf sebab belum ada kesempatan nak balas komen dan BW... Sebenarnya migraine melanda... huhuu... Hari ni masuk hari ke 3 dah.. Tapi semalam Diana ikut petua Akak Nor... Memang dah lega sedikit.. Terima kasih Akak Nor... nanti nak buat lagi...  


Baiklah.. Jom terus sahaja kita layan Yorkshire Puddings ni.. Lagi? Hehehehee... Memang tak kan jemu... Kali ni Diana nak kongsikan pula Yorkshire Puddings dari resipi yang lain.. Memang Diana suka mencuba pelbagai resipi Yorkshire Puddings ni.. Lagi pun memang banyak versi kan resipi ni.. Tak apa.. Yang penting semuanya sedap... :).. Resipi kali ni dari Food.com.. Tapi ada sedikit Diana olah sebab nak cuba buat yang sedikit manis.. Hehheee... Alhamdulillah menjadi... 


:: Resipi Asal ~ Food.com ( TQ )
:: Olahan oleh ~ Sky Blue's Kitchen ( dalam tulisan berwarna merah )


YORKSHIRE PUDDINGS & SALAD UDANG
  • cup beaten egg
  • cup plain flour
  • 1/2 cup milk _ ( Diana gantikan dengan 1 tbsp susu pekat manis )
  • 1/2 cup water _ ( Diana bubuh 1 cawan )
  • Salt
  • Pepper
  • 1 -2 tablespoon cooking oil or 1 -2 tablespoon dripping


Directions:

  1. 1
    Preheat your oven to 240°C, 475°F or gas mark 9. ( If you are cooking roast beef and/or roast potatoes, make sure the beef has been removed to "rest" before carving and that the potatoes are moved down to the bottom shelf and NEED browning still. ).
  2. 2
    Pour a scant amount of oil or dripping into your Yorkshire Pudding tins. ( A large roasting tin can be used too. If you do not have a Yorkshire Pudding tin which has 4 wide and shallow cups of about 4" in diameter, then use a large muffin tin.).
  3. 3
    Put the tin into the pre-heated oven about 5 minutes before you want to cook the Yorkshire Puddings.
  4. 4
    Empty the flour, salt & pepper into a large roomy bowl.
  5. 5
    Make a dip in the centre and add the beaten eggs bit by bit, mixing as you go along.
  6. 6
    Add the water/milk mixture gradually and whisk in between each addition.
  7. 7
    Keep whisking until all the liquids have been added. The batter may still be lumpy - this does not matter.
  8. 8
    Cover and leave to rest for up to 1 hour.
  9. 9
    Just before cooking, whisk thoroughly again to break down any lumps & add some more air.
  10. 10
    Carefully take out the tin/s. Pour the batter into the tin/s and QUICKLY return to the oven.
  11. 11
    Cook for about 20 minutes until well risen and golden brown. DO NOT open the oven in the first 10-15 minutes or they will DROP!
  12. 12
    If you have two tins cooking, rotate the tins from top to bottom shelves after the 10-15 minutes so they cook evenly.
  13. 13
    Serve with Roast Beef and lashings of gravy.


Untuk mendapatkan Yorkshire Puddings yang baik... Kita kena pastikan suhu oven, minyak dan acuan muffin dalam keadaan yang cukup panas ya... kemudian barulah dibubuh adunan tu.. Tu pengalaman Diana membuat Yorkshire Puddings ni.. Jika tak cukup panas.. ianya kurang berjaya.. Kali ni Diana gabungkan Yorkshire Puddings ni dengan Salad Udang.. Resipi Salad Udang ni sebenarnya Diana buat khas untuk daughter.. Daughter paling suka makan Salad Udang ni.. Gabungan rasa keduanya ni memang serasi di tekak kami berdua.. Apa-apa pun ianya terpulang kepada selera masing-masing... 


:: Resipi Oleh ~ SheeryDreamCakes @ skybluemelleymey


SALAD UDANG

Bahan-Bahan
  • 200 gm udang _ d kupas dan bersihkan _ cincang halus
  • 1/2 tbsp minyak zaitun
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/4 biji bawang besar _ d cincang
  • 2 ulas bawang putih _ d cincang
  • 1 tangkai daun bawang _ d cincang
  • 2 tsp jus limau kasturi
  • 5 tbsp mayonis
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan udang.. masak selama 2 - 3 minit d atas api kuat.
  3. Masukkan daun bawang cincang dan gaul rata.. Tutupkan api dan angkat.
  4. Campurkan mayonis, susu pekat manis dan jus limau kasturi.
  5. Gaul sebati dan jika suka boleh d sejukkan d dalam peti ais.
  6. Makan bersama Yorkshire Puddings atau roti.



16 comments:

quinnie said... Reply

sedapnya kak makan ngan udang la pulak...hehhehe..saya baru semalam buat lagi..tapi makan ngan inti sardin pulak..kkekekek...memang tak jemu la makan nya...saya pun macam irfan suka makan dgn jem...hehhehe...

akak..1 cup telor tu berapa biji agak2 nye ye? ada taruk pepper resepi ni..bleh cuba...

Zack said... Reply

a'kum kak Diana,

sedapnya...terasa skrg ni nk buat juga, hehehe.. yorckshire pudding..selalu dengar tp tak tahu rupa macam mana. rupanya cenggini ^_^

Gee® said... Reply

sedapnya Diana, sangat terlior... kalau k.gee buat inti daging macam murtabak tu ok tak...

Anonymous said... Reply

dengan nama puding ni pun menggiurkan...1st time dgr pun kat blog kak diana....cantik gambar...

anymz said... Reply

amboi diana.dalam tak sehat tu sempat jugak post resepi yang hebat ni ya.semoga cepat sembuh ya diana.
Nak try jugak buat puding ni.nampak best betul.

tun_telani said... Reply

kesiannye kak diana.. tun penah sekali je migrain, mmg x sanggup rasa.. sakit kepala biasa2 pun tun x tahan, migrain lg laa.. kak diana mkn ubat ye, pastu tido.. get well soon..

ps: nnti tun try ni mkn ngan jem ^^

Nurul said... Reply

Assalam kakak cantik...
ciannya K Diana.. Nurul pun pernah gak kena migrain.. memang x leh nak buat keje lah.. Byk2kan berehat yer kak...

Waa, dah 3 kali akak buat puding ni... Nurul x pernah lagi rasa puding ni cam ner... Ni yang rasa nak try juga... mesti sedappp kan... :)

Ayu said... Reply

waduh diana..sedap nampak yorkshire puding mu itu..akak belum pernah rasa lagi macam mana..tentu sedap ni dah banyak kali diana buat tu kan..

kalau diana ada migraine, diana kena rehat tak boleh tak cukup tidur dan stress tau..akak cakap ni sebab akak adalah ex - pesakit migraine juga hehe..pernah masuk hopsital lagi sampai pengsan..sebab stress dulu kerja..huhu..take care dear..even went to neurologist..hehe

Liza said... Reply

Salam D..sakit2 pun sempat lg masak yer..rajin betul buat yorkshire puding ni..ada salad udang lg...ape pun semoga cepat sembuh yer..

Mimiey.. (^-^) said... Reply

sedapnye tgk puding akak tu...
mie mmg dh aim nak try buat bila ade masa nnt..
mesti rase die bestkan..tgk gambar pn dh terbayang2 mesti puding ni sedap..hehheheh

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana emmm yang ni pun sedap kan??

Zalieda Zaliedana said... Reply

Kak Diana,alahai xsihat ek,siannya kak,dlm xsihat tuh rajin lagi wat mcm nih..Akak antra semua resepi puding ni,yg mna sedap,cam best ajer nengok akak asik duk tayang..

K.Nor said... Reply

ish.. diana ni dalam tak sihat tu, keluar pulak YP versi 3.. tak sempat nak buat pun lagi ni. dan verangan nak buat tp tak terbuat jer lagi..

rest ya.. semoga cepat sembuh :)

Deliah's Deli said... Reply

wow! sedapnye :) take care.

Chah said... Reply

Sungguh menyelerakan...tqvm for sharing

Totie@Tomy said... Reply

sedapnya nak try lah..bagi hubby rasa...