Wednesday, November 30, 2011

~ Ayam Masak Kuzi...

Diana @ Melley Mey | 8:22 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Apa khabar hari nie? Moga semuanya sentiasa sihat sejahtera hendaknya... Ermm.. Hari nie memang terasa penat sesangat.. Rasa sakit seluruh badan.. Huhuu... Kalau baring nie memang best nie kan kan kaan.. Hehehee... ^_^.. Tapi tak per.. Online jap dulu.. ;)..



Mulanya tadi tak dapat nak masuk kat dapur Akak Yatie untuk cnp resipi Ayam Masak Kuzi nie.. Akhirnya sekarang dah dapat dah.. Alhamdulillah.. Resipi Ayam Masak Kuzi nie Diana ambil dari dapur Akak Yatie.. Mudah sangat nak memasaknya.. Masuk jer semua bahan tu.. Menurut Akak yatie.. Kalau nak tumis perencah tu pun boleh juga yer.. Ayam Masak Kuzi nie memang sedaaaap sesangat tau... Hubby dan anak² Diana bukan main berselera lagi dia makan ayam nie tadi... Memang Sedaaap!! Terima Kasih Akak Yatie Cayang.. Cuma Diana kurangkan sedikit cili kering tu sebab anak² Diana kurang sikit pedas nie kecuali Irfan.. :) dan terpaksa ler Diana tambahkan sedikit sukatan tomato puri tu.. Boleh yer akak.. Halal yer.. Juga izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... Muahsss..  


:: Resipi Oleh ~ Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku ( TQ )

Bahan A
1 ekor ayam - di potong 12, cuci dan toskan _ ( Diana guna 4 keping peha ayam )
3 ulas bawang putih tumbuk dan sedikit kunyit untuk goreng ayam
3 sudu besar minyak sapi
1 cawan susu cair 
1 cawan kismis hitam
1 1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan badam cincang
3 sudu makan tomato puri
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk goreng ayam


Bahan Kisar
20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar _ ( Diana kurangkan sedikit )
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras


Bahan B ( Rempah Kuzi )
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering )
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
  3. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah 6.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi kegemaran.



15 comments:

Zaliedana said... Reply

Assalam kak diana,da juga tgk resepi nih kat dapo kak yatie,igt nak juga wat,tapi bila tgk bawang goreng 11/2 cawan tuh yg bercinta cikit tuh,sbb malas nak wat,sy xsuka bawang goreng yg beli..Tgk pon dah tau sedap kak..Sy smpn dulu resepi yg amik kat umah kak yatie nih,kalo rajin nak wat bwng goreng nnti,leh la wat,hihi..

kasihredha said... Reply

tergoda melihat gambar kat sini

Amie said... Reply

Assalam Diana
sedapnya ayam masak kuzi ye Diana... tengok bahannya yang pelbagai tu pun sudah terasa keenakannya!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana...Kak teringat arwah nenek kak ros yang suka masak kuzy dan sangat sedap.Tapi tak pernah simpan resepinya sebab tu belum suka memasak.sedih....

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
nmpk sungguh menyelerakan ayam kuzi ni..tq sudi mencuba dan kena dngn selera Diana sekeluarga...nasib baik blog akak dah pulih spt sediakala..panik gak tadi...

HomeKreation said... Reply

Salam Diana. Sedap nya nampak niiii....

cik cek said... Reply

Nak cuba jugakla nanti...mesti sedap ni kan...:)

mr.libra said... Reply

salam..kak nak tanya nie..apa beza masak kuzi dengan masak merah...tengok macam sama je...huhu

Nieza said... Reply

Assalam kak diana, sedapnya tgk ayam msk kuzi ni..hari tu nampak kat blog kak yatie dah siap masuk list tapi belum kesempatan nk cuba lagi tapi kali ni nampak kat blog akak pula..harus dicuba nanti:)

Mamasya said... Reply

Salam Maal Hijrah Diana

Sedap nampak ayam kuzi Diana...sesuai mkn dgn pulut atau nasi. akak pun suka ayam Kuzi tp masak guna rempah kuzi.tengok Diana buat sendiri rempah...nanti boleh cuba.
happy belated bday utk Mohd Shafei. baru tahu Diana ada anak bujang besar.ingatkan boys Irfan sorang saja.

Yana Shaiful said... Reply

waahh akak..fav yana ni kuzi ayam..yana suka mkn dgn roti or roti jala..biasa klu bt yana slalu guna rempah kuzi yg beli kat klate..nnt nk cuba rempah yg bt sndiri pulak..nmpk sgh menyelerakan ;=)

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayangg ooiiii...ada lg ke lauk ayam kuzi nih...nak tumpang makan tengahari kang...xpa la lauk smlm pun, panas2kan tuk akak eh..muaaahhh!

Gee® said... Reply

waaaa...mabeles.... lapar la pulak

tun_telani said... Reply

rajinnya buat rempah kuzi.. tun guna yg ready made je.. hihi

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Die..Itulah kan..time lenguh2 badan ni kalau dapat baring pastu ada pula yang tolong picitkan..wahhh bestnya....kih kih kih lebih2 pula yaaa...

Wahhh ayam kuzi ni nampak sedap sangat....makan ngan nasi putih panas2 maunya bertambah2 ni...