Thursday, November 24, 2011

~ Ayam Mayonis...

Diana @ Melley Mey | 8:40 PM | |

Assalamualaikum dan bertemu kembali... Baik ler.. Seperti yang Diana janjikan tadi.. Ada beberapa entri yang Diana ingin kongsikan malam nie kan.. Resipi pertama tadi.. Ayam Mentega.. Resipi kedua pula.. Ayam Mayonis nie.. Dulu pun Diana pernah juga kongsikannya kat sini.. Nak tengok versi lepas klik kat  SINI yer... Ayam Mayonis nie fav Irfan sebenarnya.. Ayam nie selepas d goreng pun sedap d ratah macam tu jer.. Kalau Irfan memang suka sangat makan macam tu kekadang.. Ok ler.. Terus jer kita tengok resipinya yer.. Hehehee.. Nak cepat nie.. :D

::  Oren tu hendak ler d ambil jus dan isinya sahaja yer  ::

::  Ayam goreng d satukan bersama bahan² A dan gaul rata.. Hidang.. Mudahkan ^__^  ::


Bhn²
250 gm dada ayam _ d potong kecil
Tepung jagung secukup kegunaan
Dau sup / daun ketumbar _ d cincang
Minyak untuk menggoreng

Bhn² Perap
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp gula
Garam secukup rasa
1/4 tsp serbuk pati ayam Tumix
1 ulas bawang putih _ d tumbuk
1 biji telur bersaiz kecil
1 1/2 tbsp tepung kastard

Bhn² A
1 biji oren _ d kupas dan d ambil isinya sahaja ( d potong kecil )
4 tbsp jus oren
1 tbsp susu pekat
4 tbsp mayonis
1 biji limau kasturi _ ambil airnya sahaja
Secubit garam

Cara²
  1. Gaulkan ayam bersama bhn² perap dan gaul rata.. Perap selama 1 jam.
  2. Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam sehingga masak kekuningan.. Angkat dan ketepikan.
  3. Satukan kesemua bhn² A bersama ayam goreng d dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  4. Sedia untuk d hidang.. Atau.. Simpan terlebih dahulu d dalam peti sejuk sebelum d hidang.. Terpulang kepada selera masing² yer.
  5. Tabur dengan daun sup / daun ketumbar cincang semasa menghidang.



2 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

As Salam Diana :)
Yg penting ringkas cepat dimasak dan sedap dimakan..hehehe mcm iklan maggi jer.

Ni mesti kesukaan Irfan :P

izahdaut said... Reply

Assalamualaikum.. I miisss uuuu kak. Wah simple n segar. Tpi dpt byangkn klu buat ni sah dak kecik sya sorg tu xmo mkn. Sbb dia tak suke oren. Tpi klu tgok pda bhan goreng ayam tu, mmg sedap tu. Leh amik idea akk ni. Mcm salad pun iyer jugak kn kak. Tq tq kak